Friday, November 18, 2011

~soalnya...sampai bila...?~

sampai bila aku mahu begini? meletakkan agama di tepi dan menyuluh2 mencari duniawi...

sampai bila aku mahu begini? menjadi hamba nafsu walhal semua itu akan memusnahkan diriku...

sampai bila aku mahu begini? terlalu banyak jatuh berbanding berdiri tegap kembali...

subhanallah...kuasa Allah...aku dikurniakan sahabat2 yang sentiasa sudi mengingatkan dan berusaha mengheret diriku kembali kepada jalan yang pernah aku telusuri dulu...

subhanallah...aku juga dipertemukan seorang insan yang sedia setia bersama ketika bangkit dan jatuhnya aku...mengingatkan aku kembali tatkala aku tergelincir dibuai mimpi...dan tidak pernah meninggalkan aku...walau betapa buruknya diriku


perjalana masih jauh...terlalu jauh dengan izinnya...dan aku seolah2 semakin berundur ke garisan permulaan semula berbanding terus maju ke penghujungnya...kerana mungkin... aku tahu...ada banyak yang aku perlu perbaiki semula...dan aku perlu mulakan lembaran kehidupan yang baru...

meski aku tahu tentang itu...aku telah cuba berkali2 untuk bangkit semula...tapi aku masih terus jatuh dan jatuh...mengapa? aku bertanya diriku kembali...oh...lemahnya...imanku...itu masalah yang paling utama...bila iman lemah...sekuat manapun luaran...dalaman tidak akan timbul kekuatan...

maka aku fikir...cara terbaik adalah untuk benar2 membaiki diri dari awal...muhasabah kembali diriku...apa salah dan silapku...apakah apa yang aku telah lakukan selama aku jatuh ini adakah disukai atau dibenci oleh Allah dan Rasul...

suatu saat...aku tersenyum sinis kerisauan melihat diri sendiri...bila aku memandang dari cermin nafsu...imej diriku nampak indah...namun bila aku berpaling pula pada cermin iman...imej diriku hitam legam...busuk...rosak...punah dan ranah...

Allahuakbar...inilah hambaMu yang mengharapkan syurga...namun usaha ke arah itu langsung tidak mencukupi...

walhal aku tahu jauh di sudut hatiku...betapa indahnya syurga...kebahagiaan abadi dan selama2nya...semua orang mahu ke situ...dan usaha mereka yang membezakan...sama ada mereka sudah melepasi kelayakan yang Allah swt tetapkan...

bagaimana pula dengan diriku? tak tahulah....tepuk dada tanyalah iman...


sungguh...aku perlu letakkan semula dahiku untuk benar2 sujud padaMu

~jazakallah daripada insan yang serba lemah~


Thursday, November 3, 2011

~aku perlukan masa~

manusia nak bina bangunan pencakar langit yg cantik...ambil masa bertahun...untuk meruntuhkannya? dalam beberapa saat sahaja boleh runtuh...

sebatang pokok mengambil masa berpuluh2 tahun untuk membesar sebesar sepeluk manusia...untuk menebangnya? dalam masa beberapa minit sahaja...

bagaimana pula dengan seorang insan...yang ingin jadi insan yang baik...bukan mudah...mengambil masa yang sangat lama untuk tetap di jalan kebaikan itu...namun...untuk merosakkannya? bila2 masa..dimana jua boleh berlaku...

sudah tentu ada beza antara manusia, pokok dan bangunan...

diri aku pula? dulu...berdiri gagah di hadapan orang lain...dan kini? aku dah jatuh tersungkur...

perlukah aku membiarkannya? tidak...sama sekali...aku perlu bangkit kembali...dan sudah tentu untuk menuju kebaikan itu mengambil waktu yg lama...namun aku perlu cuba...terus dan teruskan...usaha tersebut...

tak mahu sia2kan kebaiakan diri ku...sedangkan aku acap kali tertewas dengan bisikan syaitan dan hawa nafsu...aku malu dengan dia, aku malu dengan diriku...dan paling utama aku malu dengan Allah...hinanya aku...hinanya aku...hinanya aku...

izinkan aku untuk berjauhan dari semua untuk sementara waktu ini...beri aku ruang dan peluang...perlahan2 aku akan cuba...dan aku masih memerlukan masa...

~jazakallah dari insan yang serba lemah~

Tuesday, October 18, 2011

~aku cuma mahukan~

aku cuma mahu bawa dia pada agama...namun sebaliknya...diriku yang tenggelam dibuai dunia...rasa indah rasa seronok dengan suasana yang tak pernah aku alami selama ini...walhal itu semua hanyalah satu tipu daya...

salah diriku yang tidak tetap pada agamaMu....salah diriku yang tidak betul2 menjaga niat dan amanah dari seorang sahabat kepadaku...

aku tak tahu bagaimana untuk aku mulakan kembali...aku telah jatuh tersungkur dan tidak mampu mendongak lagi...aku telah tersesat dalam terang...aku telah kehilangan segala yang aku ada dahulu...kerana aku...kerana aku...kerana aku...kerana aku telah jauh dari agamaMu

namun aku tahu pintu taubat itu sentiasa terbuka...namun nafsuku acap kali menarik aku kembali tatkala aku sedang berjalan menuju ke pintu itu...suasana sekelilingku telah menambat hatiku dengan kebesaran makhluk dan dunia di sekelilingku....sehinggakan apabila diperdengarkan kebesaran Allah ke lohong telingaku...hatiku seolah2 tidak merasa apa2...

mana mungkin aku mahu berubah seperti dulu dengan mudah...mana mungkin aku menyukai diriku yang sekarang...mana mungkin aku mahu memasuki neraka Allah...dan mana mungkin diriku ini berasa layak untuk masuk ke syurga Allah...

aku mahu...aku mahu....aku mahu...membawa insan yg akn menjadi tulang rusukku...benar2 mencintai aku kerana Allah...aku mahu cinta ku itu nanti akan membuat dia dan aku dapat bertemu di syurga Allah...tapi kenapa mulutku berbicara begini...sedangkan apa yang aku lakukan jauh terpesong dari kata2 ku? aku menepuk dada dan bertanya kepada imanku...lemah...sangat lemah....

ku tahu keadaan diriku lalu aku berusaha membaikinya....sampai satu saat aku berasa putus asa...Allahuakbar...Allah masih sayangkn aku...Allah hantar kembali...seorang insan yg prnh ku lukai...untuk datang memberi nasihat penuh makna buat diriku...betapa terharunya diri ini...betapa sebaknya diri ini pada waktu itu...tak dapat aku bahasakan dengan lidah keluku...aku kini cuba kembali...kembali kepada diriku yang dulu...membawa bersama insan yang aku kasihi bersamaku...

aku berazam untuk mendidiknya sebaiknya...seperti mana contoh yang Rasulullah telah tunjukkan dalam mendidik isteri2nya...penuh hikmah dan kelembutan...setiap kata2 baginda sangat menyentuh hati yang mendengar...namun adakah diri ini mampu...

aku percaya semua ini akan menjadi mudah apabila Allah mencampakkan nur hidayah dalam diri kita...dengan hidayah perkara yang tidak nampak akan menjadi sangat jelas di mata hati kita...itulah akhirat....syurga...neraka...azab kubur...qiamat...semua itu benar...dan dibenarkan hanya dengan iman...semoga aku dan dia mendapat hidayah dalam perjalanan panjang dan jauh menelusuri jalanMu Ya Allah...

aku cuma mahukan syurga di pengakhirannya...dan aku cuma mahu itu...namun andai nyawaku dicabut sekarang...aku tidak fikir aku layak ditempatkan di syurga itu... :'(

ampunkan dosa kami Ya Allah...




Saturday, October 15, 2011

~something to be pondered upon~

manusia...manusia...dan manusia...engkau bijak...bila kau ingat mati....mengapa? kerana mengingati mati akan membuatkan dirimu sedar siapa dirimu yang sebenarnya...kau akan rasa betapa sementaranya hidup ini...betapa kerdilnya dirimu...betapa segala yang ada pada diri hakikatnya adalah ujian dan pinjaman semata2

engkau bijak? engkau kaya? engkau ada pangkat? engkau cantik? engkau hensem? engkau berbakat dalam sesuatu? namun apabila tiada agama dalam dirimu...semua itu bernilai hanya di mata kasar dan mata hati manusia yang buta...

engkau tidak berapa bijak? engkau tidak kaya? engkau tiada pangkat? engkau tidak cantik? engkau tidak hensem? engkau tiada bakat tersendiri? engkau cacat? tapi kau ada agama dalam diri kau...sesungguhnya pada pandangan mata hati manusia yang celik dan pandangan Allah yang Maha Melihat...agama engkaulah yang akan dan menjulang tinggi dirimu...malah menaikkan darjatmu di sisi Allah


namun aku pula bagaimana? dan anda yang sedang membaca pula bagaimana? tepuk dada tanyalah iman...mulut senang berbicara...namun hati tiada yang boleh menduga...this is really is something that need to be pondered upon

~jazakallah daripada insan yang serba lemah~

Saturday, October 1, 2011

~ketuk kepala sendiri~


ke mana hilangnya diriku yang dulu...ya Allah...bantulah aku ya Allah...

aku sendiri sedih melihat keadaan diriku yang sekarang...namun untuk kembali...kekuatan itu belum benar2 muncul dalam diriku...barang kali aku perlukan insan di sekelilingku untuk mengingatkan aku kembali ke arah jalan yang kau redhai...

atau apa mungkin...memang kau sudah pun menghantar insan2 untuk membantuku ya Allah...namun disebabkan kelemahanku...aku masih gagal meletakkan kotak hatiku dalam landasan yang sebetulnya...sedihnya mengenangkan nasib diri...ampuni lah dosaku....bantulah aku Ya Allah...permudahkanlah urusanku...sedihnya...

bantulah aku Ya Allah :'(


Sunday, September 25, 2011

~bismillah~

subhanallah...Maha Suci Allah...Ya Allah...kau telah memberiku petunjuk di kala aku kesesatan...Ya Allah kau telah menegurku atas segala khilafku selama ini...Ya Allah kau telah membuka semula jalan taubat untukku...sesunggunya Ya Allah...

Kau telah mengurniakan aku seorang sahabat yang sentiasa bersedia untuk membantu diriku dan menegur segala kesilapanku demi kebaikanku...terima kasih duhai sahabat...aku sangat menghargai kehadiranmu dalam hidupku...dan ketahuilah betapa aku tidak mahu kehilanganmu

Ya Allah sesungguhnya...aku kini sudah dapat merasai kembali roh dan semangat Islamku mula perlahan2 masuk semula ke dalam jasadku...permudahkanlah Ya Allah segala urusanku...curahkanlah hidayahMu kepadaku tanpa henti

Ya Allah...kini Shafiq Aziz yang dulu...telah kembali...dengan lembaran hidup yang baru...maka
dengan lafaz Bismillah...aku mulakan langkahku...

Wednesday, September 21, 2011

~penyesalan~

kadang kala aku merasa sangat menyesal dengan apa yang telah aku lakukan...namun...untuk kebahagiaan semua bagi jangka masa panjang...aku sentiasa memandang betapa apa yang aku dah lakukan ini...pasti ada hikmah yang aku sendiri tak terduga...sabar menanti pengakhirannya

Monday, September 12, 2011

~tidak seindah yang diharapkan~

usiaku semakin lama semakin meningkat....jalur kehidupan yang aku lalui sekarang juga berlainan dari dulu... fikiranku semakin matang dari dulu...sifatku sedikit berubah mengikut suasana persekitaran hidupku...

ada saat di mana aku menyangka...hidup ini akan selalu indah...namun hakikatnya langit tidaklah selalu cerah...hidup ini berkisar tentang bagaimana kita menjaga hubungan di antara yang Maha Pencipta dan juga hubungan di antara insan yang hidup di sekeliling kita...apa gunanya seorang manusia yang begitu taat pada Pencipta namun mengabaikan sama sekali hubungan sesama manusia...apa gunanya juga insan yang mana begitu menjaga tatasusila dan adab sesama manusia namun lupa langsung kepada Maha Pencipta...

aku sendiri tidak dapat meletakkn diri aku bagi mana2 kategori manusia yang aku sebutkan di atas... kerana diriku sendiri terlalu mudah berubah2...pasang dan surut...tenggelam dan timbul...namun aku senantiasa cuba sebaiknya untuk menjaga kedua2 bentuk hubungan walaupun aku merasakan masih terlalu banyak kelemahan dalam diriku yang perlu aku perbaiki...

mungkin tanpa aku sedari...tindak tandukku...percakapanku...pendapatku...barangkali menyinggung dan menghiris hati dan perasaan insan di sekelilingku...dan aku sedar itu semua berlaku atas asbab kelemahan diriku sendiri...

atau apakah mungkin kerana aku semakin jauh dari Maha Pencipta menyebabkan aku semakin susah menjaga akrabnya hubungan di antara insan di sekelilingku yang sudah sedia terjalin...Ya Allah...engkau sahaja yang tahu betapa aku tidak mahu kehilangan mereka dari hidupku...mungkin disebabkan sifat manusia yang terlalu suka meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk perkara yang subjektif dan tidak pasti...menyebabkan kita mudah kecewa...kita mudah alpa...dan hilang yakin kepada takdirnya...

Ya Allah...permudahkanlah segalanya...


Monday, September 5, 2011

~baitullah~

hmm...bestnya lah ai...bile aku dgr crite kawan2 aku yg belajar di mesir dan jordan tu...pergi ke tanah suci haram mekah...jelez sgt2x...di usia muda Allah dah pilih diorang ke sana...tp xpe...aku dah pasang satu niat...aku nak pergi haji di usia muda bersama2 bakal isteri aku insyaAllah...nak tarbiyah hati di tempat yang paling suci...

lately...aku asyik tgk gamba kaabah je...x tahu nape...rase macam tenang sgt bile bayangkn aku dpt pergi sana...suasan ibadah kt sana kuat...best sgt2 bile hidup dgn suasana sekeliling kita penuh dgn nilai agama...diri kita pun akan automatik mudah nk dekatkn diri dgn Allah

dalam hati aku ni...Allah je yg tahu...aku teringin sgt nak lawat masjid nabawi...aku nak lontar jamrah...aku nak lari2 anak kat safa dan marwa...dan aku nak lihat sendiri keadaan di bukit arafah ketika wukuf nanti...suasana yang mana menyedarkan kita bahawa harta, pangkat, kecantikan smualah kelebihan yang ada dalam diri kita sebenarnya tiada nilai pun di sisi Allah...Allah cuma lihat hati kita mcm mana... suasana yang membayangkan perkumpulan manusia di padang mahsyar kelak...takutnya...Ya Allah...

ni ade beberapa pics kegemaran aku yg aku rase tenang bila tgk pic ni...dan aku suka bayangkn diri aku dalam suasana kat dalam gambar tu...

wukuf di arafah *ramainya orng...hehe

masjid nabawi *cantiknya :)

kaabah... *rase nak nangis lah tgk pic ni...sayu sgt... :')


laluan antara bukit safa dan marwa *fuiyo...sesak btul ek...hehe

best x? bile tgk pics2 kat atas ni...mudah2han cita2ku tercapai...mohon doa smua ye....insyaAllah...aku nak didik sgt2 bakal isteri aku dgn agama...salah satu caranya aku nk bawa dia ke kota suci Mekah ni....suasana di sana akan mentarbiyah hatinya dan hatiku insyaAllah... :) before aku akhirkan penulisan ni...aku nak kongsikan lnk sebuah filem yg bnyk ajar aku ttg maksud sebnar utk kita menunaikan rukun Islam kelima ni...hope u guyz enjoy it! :) Emak Ingin Naik Haji....best sgt2 criter ni... :) 

Wednesday, August 24, 2011

~hakikat kebahagiaan~


manusia sangka kebahagiaan itu ada pada harta mereka

manusia sangka kebahagiaan itu ada pada kebijaksanaan mereka

manusia sangka kebahagiaan itu ada pada kedudukan dan pangkat mereka

manusia sangka kebahagiaan itu ada pada zuriat keturunan mereka

hakikatnya...selepas menghembuskan nafas terakhir...semua itu akan ditinggalkan untuk selama2nya

dan hati yang buta dan telah mati tidak akan dapat menyedari semua ini

fikirkanlah perkara ini tatkala anda keseorangan

~jazakallah daripada insan yg serba lemah~



Tuesday, August 23, 2011

~semakin tersasar~

semakin lama semakin aku merasakan yang diri aku
semakin tersasar jauh dari tujuan penghidupanku
jiwa seorang daei yang aku miliki dulu kini semakin luntur
semangatku untuk mengajak insan lain kepada kebaikan juga semakin luruh
mungkin atas asbab niatku yang jarang ditajdid
atau mungkin disebabkan tiadanya istiqamah dalam amalanku

apapun permasalahannya
aku perlu heret dan humban diri aku semula ke dalam medan mujahadah
semoga aku dapat membentuk semula diriku seperti mana aku yang dulu
dan aku tahu aku bukan keseorangan
aku akan teruskan perjuagan yang baru
bersama seorang insan yang sedia dan setia bersamaku

Wednesday, August 17, 2011

~siapapun dia~

Ya Allah

siapapun insan yang ditakdirkan menjadi teman hidupku
aku berazam untuk menjaganya sepenuh hatiku
akan ku pastikan dunianya tidak menenggelamkan akhirat

akan ku pastikan dia bahagia di dunia sekadarnya
akan ku jadikan dia insan yang hidup secara sederhana
akan ku jadikan dia insan yang berakhlak mulia

kerana aku ketahui bahawa
permaisuri hatiku adalah cerminan peribadiku

~jazakallah drpd insan yang serba lemah~

Thursday, August 11, 2011

~seindah2 perhiasan dunia~


NAFSU mengatakan wanita cantik atas dasar RUPANYA
AKAL mengatakan wanita cantik atas dasar ILMU DAN KEPANDAIANNYA
HATI mengatakan wanita cantik atas dasar AKHLAKNYA

wanita hiasan dunia...seindah hiasan adalah wanita solehah

tidaklah aku mengharapkan insan yang solehah untuk menjadi pelengkap tulang rusukku...kerana aku sedar...aku sendiri tidaklah sesoleh mana...cukuplah seandainya aku dikurniakan insan yang bersedia untuk dididik dan punyai keinginan menjadi insan solehah...kerana insan sebegitu akan membuatkan aku menjadi lebih kuat untuk berubah menjadi orang yang lebih soleh...dan apa yang aku pasti...hakikat kebahagiaan hidup hanya boleh diperoleh dengan agama

~jazakallah dari insan yang lemah~

Sunday, August 7, 2011

~hikmah~

aku patuhi permintaannya dengan penuh resah

dan aku anggap permintaan itu sebagai amanah

mungkin pelaksanaanya sedikit payah

namun aku yakin semua ini pasti ada hikmah

Sunday, July 31, 2011

~Ingatan buat diri ini~

kesukaran dan dugaan yang aku alami ini membuatkan diri aku lebih matang...sedangkan langit yang cerah boleh mendung secara tiba2...inikan pula kehidupan yang kita takkan pernah tahu dengan pasti apa yang akan berlaku di masa hadapan...

peristiwa yang aku hadapi ni mungkin adalah yang pertama kali dalam hidupku...namun aku menerimanya dengan sepenuh hati...kerana aku berpegang pada kata2 pendek penuh makna darpd seorang sahabatku...

"jangan biarkan jiwa menjadi lemah...hanya kerana cinta manusia"

Jazakallah...dari insan yang serba lemah...

Tuesday, June 21, 2011

~Aku Mendambakan~


...Bismillahiirahmanirrahim...


Aku mendambakan cinta seorang insan
yang ramah sifatnya
dan tahu mengawal kepada siapa dia perlu menunjukkan sifat ramahnya

Aku mendambakan cinta seorang insan
yang baik paras rupanya
dan tahu kepada siapa dia perlu menyembunyikan kecantikannya

Aku mendambakan cinta seorang insan
yang berhati mulia
dan dia sentiasa ikhlas dalam setiap amal perbuatannya

Aku mendambakan cinta seorang insan
yang tenang sifatnya
dan tidak mudah dikuasai emosi apabila keadaan tidak menyebelahinya

Aku mendambakan cinta seorang insan
yang jujur tingkah laku dan kata2nya
dan dia sentiasa berlaku jujur walau dengan sesiapa

Aku mendambakan cinta seorang insan
yang jauh pandangannya
dan jauh pandangnya lebih kepada akhirat dan bukan dunia semata


Aku mendambakan cinta seorang insan
yang mana kehadirannya
bukan sahaja membuatkan aku bahagia malah keluargaku jua turut bahagia

Aku mendambakan cinta seorang insan
yang cintanya
membuatkan aku lebih dekat dengan Rasulnya

Aku mendambakan cinta seorang insan
yang cintanya antara aku dan dia
sentiasa di bawah payung rahmatnya

Kerana insan yang sebegitu
membuatkan
dirinya begitu berharga untukku
dan diriku begitu istimewa buatnya

Jazakallah
~ dari insan yang serba lemah~





Thursday, April 28, 2011

~deen ki mehnat~


ada satu tamsilan yg aku prnh dgr sewaktu bayan di Sri Petaling
bunyinya begini...

kalau manusia membina sebuah sampan...tak kira sebesar, sekecil, secantik atau semahal manapun sampan tersebut

...hakikatnya...

sampan tersebut hanya boleh bergerak di atas air sahaja...tidak mungkin di udara dan tidak mungkin di darat

...namun...

walaupun sampan itu hanya boleh bergerak atas air...manusia yang menaikinya pasti akan mencurahkan balik keluar air yg terpercik masuk ke dalam sampan tersebut utk mengelakkan sampan tersebut karam dan tenggelam

...sahabat2 yang mulia...


perkara yang sama jugalah yg berlaku dlm kehidupan kita...Allah menciptakan manusia...dan tiada tempat lain yang boleh kita hidup...di atas dunia ni je la...

...namun...

seperti mana sampan tadi yg akn tenggelam jika air memenuhinya....begitulah juga manusia...kalau kita biarkan hati kita dipenuhi dgn dunia...maka...pasti dan pasti...kita akan tenggelam...

~jazakallah dari insan serba lemah~






Saturday, April 16, 2011

~Cukuplah~


Cukup cintai dia dalam diam...

bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi untuk menjaga kesuciannya


Cukup cintai dia dari kejauhan...

kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan...

Cukup cintai dia dengan kesederhanaan...

memupuknya hanya akan menambah penderitaan..


Maka cintailah dia dengan keikhlasan...

Tuesday, April 5, 2011

~masjid baru~

assalamualaikum ha...ni kisah lama...yang aku nak kongsikan...aku berkesempatan untuk pergi ke masjid nur yang merupakan masjid yang baru dibuka di kawasan indianapolis...lokasinya terletak lebh kurang 2 jam setengah dari tmpt aku... jemaah masjid dari west lafayette (tempt aku) dijemput utk menghadiri bayan (ceramah) yg dianjurkn pihak masjid sempena pembukaan masjid tersebut... bangunan asal masjid ni sebenarnya dari bangunan pentadbiran sebuah syarikat elektrik...dibeli dan dan diconvert menjadi masjid...subhanallah...
bahagian luar masjid e-noor (an-nur)


sebenarnya...kt us ni...dah beribu2 dah masjid...kat chicago je dah ade lebih kurang 150 masjid...ha...banyakkan? cuma masjid2 ni kebanyakannya tersorok dari khalayak ramai...ok berbalik pada cerita aku tadi...sesampainya di masjid tersebut kami disambut dgn penuh mesra oleh ahli jemaah tempatan...solat maghrib dan lepas tu ade bayan...


subhanallah bayan yg diberikan cukup2 mantap...aku rase yg beri bayan tu mungkin ulamak...dia cerita kepentingan utk menjaga amal masjid ni...dan pastikan masjid ni sentiasa hidup...apa guna masjid yang dibuat bertatahkan berlian...tapi amalan masjid seperti x hidup....btulkan? tp itulah yg tlh bnyk terjadi pd masjid2 kita...silap dan salah kita...yg x punya kesedaran...daripada bayan tersebut... pembayan ade beri satu tamsilan yg sgt menarik...mafhumnya lebih kurang begini...ceh...hehe


dunia ni umpama bayang2...dan akhirat umpama cahaya yang memancar ke arah kita...cuba kalau kita kejar bayang2...boleh x kita tangkap bayang2 tu? ha...mana boleh kan...tp cuba kalau kita berjalan menuju cahaya yg memancar ke arah kita... x yah nk susah2 kejarpun...ha...mesti bayang2 tu akan mengekori kita kn...? sbb tulah pentingnya bg kta utk utamakan akhirat atas segalanya...kalau kita kejar dunia akhirat kita belum pasti terjamin...tp kalau kita kejar akhirat dunia pasti dan pasti terjamin...






ruang dalam masjid



jemaah berbincang tentang masa depan...mandai2 je aku ni...hehe



sebelum solat


best betul hari tu...dapat jumpa ramai kawan muslim baru...makan pun sedap2...hehe...mudah2han Islam akan terus berkembang pesat di bumi US ni insyaAllah...on the way balik...aku and the gang singgah kt restoran pizza...yg bestnya restoran pizza ni HALALLLLLLLLLL....huhu...bukan senang nk carik...



tgk btul2 kt pintu tu...ade tanda halal...huhu


ok...sampai di sini saja...salam ukhuwah dari insan yg serba lemah...


~jazakallah~


Saturday, March 19, 2011

sahabat sejati

...Bismillah...

diri yang lemah ini mempunyai sesuatu utk dikongsi...

suatu perkara yg menjadi rujukan yg penting dlm mencari sahabat sejati...

ha...nak tahu?

aku rase ade sesuatu yang terbenam dalam diri aku sejak dulu lagi...
dari skolah rendah...bila orang tanya siapa kawan karib aku...aku dgn selamba berkata si polan dan si polan adalah sahabat karibku...
namun hubungan yang aku sendiri katakan sebgai shabat karib tu x bertahan lama mana pun...

bila difikirkan balik...
mungkin dah beribu dah kawan yang aku miliki...
ada dia antara mereka yang aku bersahabat kerana minat yang sama, hobi yang sama dan mungkin kerana aku dah mengenalinya sejak kecil...namun sejauh mana ikatan persahabatn sebegini mampu bertahan?

ape agaknya yang menjadi punca masalah ini?
mungkin itu dan mungkin ini...namun...hakikatnya...

puncanya terletak pada bagaimanakah ikatan persahabatan itu dihamparkan...


dan bila aku semakin meningkat dewasa...diri menjadi semakin jauh dan keseorangan...
barulah aku mengerti pada hamparan apakah sesuatu persahabatan itu perlu diletakkan...

sama ada ikatan persahabatan itu dihamparkan pada

DUNIA? atau AGAMA?

semestinya agama...Subhanallah...Alhamdulillah...sampai skrang Allah dah temukan aku ramai rakan2 yang menghamparkan jalinan persahabatan melalui agama...
dan mereka2 inilah yang banyak membantu aku untuk membentuk diri aku meniti alam kedewasaan yang penuh pancaroba ini...
aku tahu aku lemah...nafsu terlalu mudah menewaskan aku...namun rakan2 inilah yang sentiasa mengingatkan aku...menopang kakiku bila aku hampir terjatuh...menarik tanganku agar aku berundur bila aku hampir terlajak...dan macam2 lagi...
hmmm....

sahabat2ku yang mulia...
memang benar perkara2 seperti minat yang sama...hobi yang sama...dapat menyatukan pemikiran manusia...
namun...sedarkah kita bahawa...agama adalah cara terbaik untuk menyatukan hati manusia...agama mampu menyatukan pemikiran manusia...malah mampu membuatkan hati manusia terpaut antara satu sama lain...
dan seperkara lagi...
persahabatan yang dijalin dgn nilai agama ni akan kekal insyaAllah sehingga akhir hayat...kerana dalam keakraban persahabatan itu sendiri akan dijaga dgn rapi oleh agama...

dan atas sebab inilah...kita dapat lihat bagaimana hebatnya...kasih sayang yang telah ditunjukkan oleh para sahabat nabi s.a.w...betapa luhurnya kasih sayang sesama mereka...betapa tingginya sifat memulikan antara satu sama lain yang mereka punyai..betapa tingginya nilai keikhlasan yang ada pada diri setiap daripada mereka...sehingga nabi sendiri bersabda...mafhumnya...sahabat2ku seperti bintang yang bercahaya di langit malam...Allahuakbar...



mungkin ada yang belum dapat memahami apa yang telah aku coretkan di atas...kerana perkara ini hanya akan dapat difahami oleh mereka2 yang pernah mempunyai sahabat2 karib seperti yang aku maksudkan...dan insyaAllah bagi mereka yg punya cita2 utk memiliki sahabat karib yang sebenar2nya...jalinlah persahabatan anda melaui ikatan agama...

~jazakallah~

Friday, February 18, 2011

~the misunderstood jewel~


plot hidup aku yg telah aku lalui kali ni...adalah waktu yang paling bnyk mengajar aku ttg apa yg diertikan sebagai kehidupan...alhmdulillah...Allah tlh memilih aku utk bersama2 dgn saudara2 Islam yang lain utk melakukan usaha yg mana umat hari ini telah tinggalkan...iaitu dakwah mengikut cara rasululllah...


ekspedisi ini memakan masa 10 hari yg pd hakikatnya sgt sedkit kalau nk dbandingkn dgn berapa lama usia yg Allah telah beri pd aku selama ni...coretan aku kali ini...aku berharap dpt mencelik mata hati yg buta...dan mmbetulkan salah faham paling besar yg prnh kita lakukan selama ini...


jemaah yg aku sertai pada mulanya terdiri lbh kurang 8 orng...brother Han (dari China), brother Bukar (dari Niger), brother Muhammad(Libya),bro Ihsan (Pakistan), bro Najad(Sri Lanka) and brother Hasif(Malaysia...hehe)..lagi sorang aku dah lupa...


dari kiri : Bro Han, Hasif, Muhammad and Ihsan Al-Hafiz

Sebelum perjalanan dimulakan...Brother Bukar memberikan sedikit targhib...utk membetulkn niat ahli jemaah...kami bergrk ke Chicago menuju ke markaz dakwah utama di sana...perjlnn mmkn masa 2 jam ½ lbh kurang...dan alhmdulillah...aku selamat tiba d masjid NUR yg merupakan markaz utama dakwah d kwsan middle US ni...masjid ni dahulunya merupakan Church...tgk seni bina je kta dpt tahu...


masjid NUR : markaz dakwah utama

Langkah pertama aku masuk pintu masjid...bayan (ceramah) sedang berlangsung...ramainya orang...masyaAllah...memang kenalah dgn waktu winter break ni...alhmdulillah ramai local brothers yg sanggup bg masa mereka utk agama..


bayan sedang berlangsung

Aku dan jemaah dari tempat aku beriktikaf d masjid tersbut utk satu malam sblm kami dpecahkn utk dihntr ke tmpt lain...keesokan harinya...masyaAllah...sblm jemaah dipecahkn2 utk dhntr ke slrh US ade santapan yg memang bnyk...BEST! ...hehe




taam2!


Slps makan...aku trus bergerak bersama jemaah yg ditetapkan oleh amir saf utk pergi ke satu kwsn di Chicago...dan bertemu dgn sbnyk mungkin Muslims brothers yg ade...menceritakan kebesaran Allah pada mereka dan mengajak semahu2nya agar mereka dpt beri masa mereka utk setiap hari utk agama...Msjd pertama yg aku pergi adalah Masjid Al-Rahmat...d tgh2 kesibukan bndr Chicago ni...aku sendiri x sangka ade sebuah masjid tersorok d celah2 bangunan usang..subhanallah...!


bahagian dalam dan luar masjid al-rahmat

Keesokan harinya..aku bergerak pula ke masjid jame’ Chicago...jemaah kali ni adalah jemaah yg sgt besar...sbb jemaah dari tmpt aku bergabung dgn jemaah dari Detroit...smuanya baik2...kebanyakan jemaah dari Detroit ni dari kalangan anak2 muda seusia aku...4 orang drpd mereka merupakan hafiz Al-Quran...mlm tu kami pergi dari rumah ke rumah...bertemu dgn saudara2 kami...Allahuakbar...pengalaman yg sungguh bermakna...aku dpt rasai bagaimana susah dan payahnyanya dahulu Rasulullah berjumpa dgn para orng arab Mekah dari pintu ke pintu utk sebarkn Islam...


brothers from Detroit,Michigan


Aku mendapat peluang utk berkenalan dgn beberapa Muslims brothers kt area tu...pertamanya...Allah temukan aku dgn Brother Farah dari Kenya..baru je 28 hari menetap kat US masa jemaah jumpa dia...gembira sgt2 dia dpt jumpa jemaah...sbb selama ni dia keseorangan...dan dia x tahu pun ade masjid berdekatan rumah dia sampailah jemaah datng ke rmh dia dan ajk dia ke masjid...lps Isyak aku dan Bro Abdul Aziz (bukan ayah aku...hehe) dari Detroit berbual panjang dgn dia...criter macm2...ttg negara msing2...oh ye Bro Abdul Aziz ni sgt2 permah orngnya...dan dia la salh sorang hafiz quran tu...


top: Bro Abdul Aziz
bottom: Bro Farah


Keesokan harinya, selepas solat jumaat...aku berjumpa dgn beberapa Muslim brothers dari Burma...yg best dan mengejutkan...diorang boleh ckp Melayu..!!! termsuk anak2 diorang skali...comel2 plak tu...geram aku...Abng Jahanggir, Abng Omar, Abng Mustar dan ank 2 diorang Rukunudin,Khatam dan Rafi...smuanya baik sgt dgn aku...rupanya diorang sblum ni dh tinggal d Malaysia selama 15 tahun...x hairanlah diorang blh ckp Melayu fasih...sejak hari tu...diorang slalu telefon aku...lagi2 anak2 diorang...aku dh jadi mcm ank angkat diorang dah ....hehe






rafi!!





ni link video rafi tgh baca surah : http://www.facebook.com/video/video.php?v=1830589403831


Rutin harian berjalan sperti biasa...smuanya berlandaskan sunnah dan cara yang rasulullah telah ajar pada kita...cara makan...minum...ketika dalam tandas...solat berjemaah...dan smua sunnah lain utk diaplikasi dlm kehidupan 24 jam yg kita ade setiap hari diajar dan dipraktik dalam usaha dakwah ini...sebelum makan..akn ade muzakarah adab makan...sebelum tidur ade muzakarah adab tidur...solat2 sunat nawafil..smua perkara ini sgt dititberatkan...


Bab makan jangan risau...hampir setiap hari aku makan briyani...pizza..spaghetti...subhanallah..alhmdulilllah..sdap...hehe...tp apa yg aku blaja...utk setiap makanan yg kita suapkan dalm mulut kita niat agar atas perantaraan maknn ni Allah kurnia kita tenaga..utk truskn berdakwah..makan...ermm...mestilah ikut cara nabi..makan atas hamparan..sunnah..makan ramai2..sunnah..melalui makan pun hati kita boleh bersatu...itulah antara fadhilat mempraktikkn sunnah dalam kehidupan yg slama ni kta x sedari



Setiap malam smsa aku tidur...aku mesti dengar tangisan dari ahli jemaah...mendoakn umat agar Allah sebarkan hidayah seluruh alam...ahli jemaah diajar agar melakukan qiamullail pun mengikut cara nabi..seorang ahli jemaah memberitahuku...solat tahajud ni perlu dilakukan seperti seorang perompak yang nk merompak..bunyi mcm menakutkan...hehe...tp apa yg cuba disampaikan...adalah kita perlu usaha sedaya mungkin agar tahajud kita hanya diantara diri kita dan Allah...maka kita akn dpt mendidik keikhlasan dan tawajuh kita dlm bermunajat...Allahuakbar...aku dah silap faham selama ini...


Malam terakhir di hari terakhir merupakan malam yang menyedihkan...mlm perpisahan dari ahli jemaah yg sgt2 aku sayangi...mereka semua mempunyai sifat seprti mana yg dipunyai para sahabt...sifat memuliakan saudara seislam mereka...sifat sabar mereka..sifat pengorbanan merekan...sifat2 yg mereka perolehi ni smua atas pengorbanan masa, wang dan diri mereka untuk keluar di jalan Allah...aku x tahu bila lagi aku blh brjumpa mereka...insyaAllah di syurga...aku pulang dgn jazbah(semangat) yang telah dilentur dgn begitu baik...jazbah yg akn aku gunakan utk agamaku...


selama 10 hari...aku belajar erti sebenar pengorbanan mengikut cara rasulullullah...bukannya mudah...bukan hanya harta yang perlu kita korbankn...malah diri kita juga perlu kita korbankn utk agama..dalam usaha ini...aku nampk bagaimana hebatnya umat Islam jika mempraktikkan sunnah dalam sepenuh hidup mereka...


Perkongsian kali ini...sebenarnya terlalu sedikit...mustahil utk aku meringkaskan smua plot dlm ekspedisi aku bersama ahli jemaah selama 10 hari...perkongsian aku ini terlalu sedikit dari pengalamnku yg sebenar...ramai umat Islam hari ini mengaggap usaha ini menggunakan cara yang terkebelakang...mundur...tidak relevan...walhal mereka yang membuat tanggapan sebegitu x prnh sekalipun menyertai usaha ini...hanya dgn melihat dari luar..mereka membuat penilaian..aku akui aku juga dulunya begitu..tapi bila aku terjun dan sertai mereka...baru aku dpt fahm apa yg membuatkan smua ahli jemaah ni ttp teguh dgn cara usaha dakwah nabi ini...


sahabat2ku yg mulia


~this jewel is being misunderstood and we need to change that~

Jazakalllah...