sampai bila aku mahu begini? meletakkan agama di tepi dan menyuluh2 mencari duniawi...
sampai bila aku mahu begini? terlalu banyak jatuh berbanding berdiri tegap kembali...
subhanallah...kuasa Allah...aku dikurniakan sahabat2 yang sentiasa sudi mengingatkan dan berusaha mengheret diriku kembali kepada jalan yang pernah aku telusuri dulu...
subhanallah...aku juga dipertemukan seorang insan yang sedia setia bersama ketika bangkit dan jatuhnya aku...mengingatkan aku kembali tatkala aku tergelincir dibuai mimpi...dan tidak pernah meninggalkan aku...walau betapa buruknya diriku
perjalana masih jauh...terlalu jauh dengan izinnya...dan aku seolah2 semakin berundur ke garisan permulaan semula berbanding terus maju ke penghujungnya...kerana mungkin... aku tahu...ada banyak yang aku perlu perbaiki semula...dan aku perlu mulakan lembaran kehidupan yang baru...
meski aku tahu tentang itu...aku telah cuba berkali2 untuk bangkit semula...tapi aku masih terus jatuh dan jatuh...mengapa? aku bertanya diriku kembali...oh...lemahnya...imanku...itu masalah yang paling utama...bila iman lemah...sekuat manapun luaran...dalaman tidak akan timbul kekuatan...
maka aku fikir...cara terbaik adalah untuk benar2 membaiki diri dari awal...muhasabah kembali diriku...apa salah dan silapku...apakah apa yang aku telah lakukan selama aku jatuh ini adakah disukai atau dibenci oleh Allah dan Rasul...
suatu saat...aku tersenyum sinis kerisauan melihat diri sendiri...bila aku memandang dari cermin nafsu...imej diriku nampak indah...namun bila aku berpaling pula pada cermin iman...imej diriku hitam legam...busuk...rosak...punah dan ranah...
Allahuakbar...inilah hambaMu yang mengharapkan syurga...namun usaha ke arah itu langsung tidak mencukupi...
walhal aku tahu jauh di sudut hatiku...betapa indahnya syurga...kebahagiaan abadi dan selama2nya...semua orang mahu ke situ...dan usaha mereka yang membezakan...sama ada mereka sudah melepasi kelayakan yang Allah swt tetapkan...
bagaimana pula dengan diriku? tak tahulah....tepuk dada tanyalah iman...
sungguh...aku perlu letakkan semula dahiku untuk benar2 sujud padaMu
~jazakallah daripada insan yang serba lemah~
3 comments:
syukran akhi atas muhasabah diri ini,benar2 tertusuk di hati...moga trus mnulis..alfu syukran..T____T
afwan kasiran :)
mohon share akhi shaf ;)
Post a Comment