Monday, September 12, 2011

~tidak seindah yang diharapkan~

usiaku semakin lama semakin meningkat....jalur kehidupan yang aku lalui sekarang juga berlainan dari dulu... fikiranku semakin matang dari dulu...sifatku sedikit berubah mengikut suasana persekitaran hidupku...

ada saat di mana aku menyangka...hidup ini akan selalu indah...namun hakikatnya langit tidaklah selalu cerah...hidup ini berkisar tentang bagaimana kita menjaga hubungan di antara yang Maha Pencipta dan juga hubungan di antara insan yang hidup di sekeliling kita...apa gunanya seorang manusia yang begitu taat pada Pencipta namun mengabaikan sama sekali hubungan sesama manusia...apa gunanya juga insan yang mana begitu menjaga tatasusila dan adab sesama manusia namun lupa langsung kepada Maha Pencipta...

aku sendiri tidak dapat meletakkn diri aku bagi mana2 kategori manusia yang aku sebutkan di atas... kerana diriku sendiri terlalu mudah berubah2...pasang dan surut...tenggelam dan timbul...namun aku senantiasa cuba sebaiknya untuk menjaga kedua2 bentuk hubungan walaupun aku merasakan masih terlalu banyak kelemahan dalam diriku yang perlu aku perbaiki...

mungkin tanpa aku sedari...tindak tandukku...percakapanku...pendapatku...barangkali menyinggung dan menghiris hati dan perasaan insan di sekelilingku...dan aku sedar itu semua berlaku atas asbab kelemahan diriku sendiri...

atau apakah mungkin kerana aku semakin jauh dari Maha Pencipta menyebabkan aku semakin susah menjaga akrabnya hubungan di antara insan di sekelilingku yang sudah sedia terjalin...Ya Allah...engkau sahaja yang tahu betapa aku tidak mahu kehilangan mereka dari hidupku...mungkin disebabkan sifat manusia yang terlalu suka meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk perkara yang subjektif dan tidak pasti...menyebabkan kita mudah kecewa...kita mudah alpa...dan hilang yakin kepada takdirnya...

Ya Allah...permudahkanlah segalanya...


1 comments:

bintu fatimah said...

life is subjective, betul!

no A,B,C or D!

bila kata subjektif, pilihan kita dalam hidup kdg2 tidaklah terlalu tepat, tapi masih boleh diterima, just be grateful kerana itu adalah ujian..tandanya Allah masih sayang

life with no adventure is nothing, friend!
:)

Post a Comment