Thursday, March 22, 2012

~mungkin mereka mungkin aku~


mungkin
mereka membuat andaian
niatku tidak menghalalkan cara dan tindakanku

mungkin
aku sendiri belum benar2 kuat
untuk menempuhi apa yang sedang berlaku

mungkin
mereka yang tidak berada dalam situasi yang aku hadapi
dan sewenangnya mengadili diriku melalui mata kasar

mungkin
aku yang terlalu bersifat merahsiakan
sehingga membuatkan mereka hilang sabar

mungkin
mereka melihat aku berubah
dan menganggap aku menjadi semakin teruk dari dahulu

mungkin
aku yang tak patut melakukan begitu
sedang aku tahu pasti sekelilingku tidak bersetuju

mungkin
mereka tidak tahu sebenarnya
perkara itu bagiku sangat membebankan

mungkin
aku sendiri yang tidak tahu
betapa semua tindakan ku ini sebenarnya sangat memalukan

mungkin
tiada yang mengerti betapa abstrak coretan puisi ini
namun akan ada yang memahami pabila saatnya tiba nanti

mungkin
ini semua hanyalah lamunan diriku sendiri
dan untuk selamanya tiada siapa yang akan mengerti

mungkin
akan tiba waktunya
suatu hari nanti~






Friday, March 2, 2012

~saat itu~

this writing was written back in 3rd of March 2012. I just have the strength to publish this in 2021...

saat itu aku berasa sangat bahagia...subhanallah...alhmadulillah...allahuakbar...dia telah menyatakan sesuatu yang benar2 menjadi harapan aku pada dirinya....dia ingin benar2 berubah...hatiku gembira tak terkata...auratnya telah dijaga...beza sangat dari dulu...solatnya telah dijaga...beza sangat dari dulu...pergaulannya bersama lelaki ajnabi juga dijaga...beza daripada dirinya yang dulu...

memang benarlah betapa dalam usaha untuk membawa seseorang ke arah kebaikan...jangan sesekali pernah berputus asa...walaupun sebelum ini...aku akui...aku hampir2 berputus asa kerana dia belum benar2 menunjukkan kemahuan dengan apa yang selalu aku katakan pada dia...bab ketuhanan...jauh dari dirinya masa permulaan dulu...sekarang...sedikit2 demi sedikit dia mula mendekatkan diri pada agama...

mudah2han engkau istiqamah dalam jalan yang kau pilih...aku doakan dengan penuh pengharapan agar saat bila mana aku bertemu kau lagi suatu hari nanti...dirimu sudah lengkap bercirikan muslimah sejati seperti yang aku harapkan...dari segi zahir dan rohani...

mungkin selama ni aku menyangkakan kau memang tidak akan berubah seperti yang aku harapkan dan pernah sekali bermain di fikiranku...bagaimana aku ingin memperisterikan insan yang belum2 benar dekat pada agama... bagaimana anak2ku nanti....keluargaku...namun alhmdulillah...barang kali Allah mendengar rintihan hatiku...Allah membukakn hijab dalam hati dia untuk agama...dia sangat berbeza...jauh berbeza dari diri dia yang dulu...

kalau dulu dia keluar rumah free hair...pakai baju lengan pendek...jumpa2 mana2 lelaki...bergayut dgn telefon berpuluh2 minit dgn lelaki lain dan mcm2 lg...aku tahu semua tu...tapi aku nampak sesuatu dalam diri dia yg sgt berharga...hati dia mulia dan dia baik kepada semua orang...dalam hati berdetik...kalaulah dia dekat dengan agama...tentu dia akn jadi lebih cantik...lalu aku nekad untuk membantunya semampunya di saat aku masih penuh dengan kekurangan

tapi sekarang...subhanallah...dia jauh berbeza...jauh...terlalu jauh...benar...hidayah itu milik Allah...sedangkan saidina omar yang pernah menanam anak perempuannya sendiri sewaktu zaman jahiliyah pun Allah beri hidayah...malah Allah kurniakan syurga buat dia...dan redha Allah dia telah dapat ketika dia masih di muka bumi...mulianya subhanalllah... :')

ape yang aku mampu lakukan sekarang...adalah berdoa dan terus berdoa...agar jodoh kami terus berpanjngan...Allah kurniakan anak2 soleh dan solehah untuk melebarkan sayap agama...insyaAllah...mudah2han aku dan dia dapat menggunakan masa muda kami sepenuhnya dan memanfaatkannya untuk agama...untuk Allah...untuk Rasulullah...


Wednesday, January 25, 2012

~bersalah~

aku masih rasa bersalah sampailah sekarang untuk apa yang telah aku lakukan kepada insan semulia dia...namun...aku yakin....betapa Allah lebih mengetahui niat aku melakukan begitu...semoga dia memafkan aku...dan Allah memudahkan segala buat dia dan menemukan dia dengan insan yang selayaknya untuk dia walau sebegitu lama aku langsung tidak berhubung dengannya :')

aku perlu membimbing insan yang lebih memerlukan tatkala diri aku sendiri masih penuh dengan cacat celanya....aku perlu kuat...perlu kuat hadapi semua ni...agar aku tidak mensia2kan apa yang telah aku lepaskan dan apa yang aku ada sekarang...sungguh...semua perkara ni di bawah rancangan dan kehebatan penguasa sekalian manusia....

insyaAllah...lalui sahaja semua ni...di pengakhirannya pasti aku akan dapat lihat hikmahnya...smoga Allah berikan yang terbaik buat aku dan dia dan dia dan juga dia....

~jazakallah daripada insan yang serba lemah~

Friday, November 18, 2011

~soalnya...sampai bila...?~

sampai bila aku mahu begini? meletakkan agama di tepi dan menyuluh2 mencari duniawi...

sampai bila aku mahu begini? menjadi hamba nafsu walhal semua itu akan memusnahkan diriku...

sampai bila aku mahu begini? terlalu banyak jatuh berbanding berdiri tegap kembali...

subhanallah...kuasa Allah...aku dikurniakan sahabat2 yang sentiasa sudi mengingatkan dan berusaha mengheret diriku kembali kepada jalan yang pernah aku telusuri dulu...

subhanallah...aku juga dipertemukan seorang insan yang sedia setia bersama ketika bangkit dan jatuhnya aku...mengingatkan aku kembali tatkala aku tergelincir dibuai mimpi...dan tidak pernah meninggalkan aku...walau betapa buruknya diriku


perjalana masih jauh...terlalu jauh dengan izinnya...dan aku seolah2 semakin berundur ke garisan permulaan semula berbanding terus maju ke penghujungnya...kerana mungkin... aku tahu...ada banyak yang aku perlu perbaiki semula...dan aku perlu mulakan lembaran kehidupan yang baru...

meski aku tahu tentang itu...aku telah cuba berkali2 untuk bangkit semula...tapi aku masih terus jatuh dan jatuh...mengapa? aku bertanya diriku kembali...oh...lemahnya...imanku...itu masalah yang paling utama...bila iman lemah...sekuat manapun luaran...dalaman tidak akan timbul kekuatan...

maka aku fikir...cara terbaik adalah untuk benar2 membaiki diri dari awal...muhasabah kembali diriku...apa salah dan silapku...apakah apa yang aku telah lakukan selama aku jatuh ini adakah disukai atau dibenci oleh Allah dan Rasul...

suatu saat...aku tersenyum sinis kerisauan melihat diri sendiri...bila aku memandang dari cermin nafsu...imej diriku nampak indah...namun bila aku berpaling pula pada cermin iman...imej diriku hitam legam...busuk...rosak...punah dan ranah...

Allahuakbar...inilah hambaMu yang mengharapkan syurga...namun usaha ke arah itu langsung tidak mencukupi...

walhal aku tahu jauh di sudut hatiku...betapa indahnya syurga...kebahagiaan abadi dan selama2nya...semua orang mahu ke situ...dan usaha mereka yang membezakan...sama ada mereka sudah melepasi kelayakan yang Allah swt tetapkan...

bagaimana pula dengan diriku? tak tahulah....tepuk dada tanyalah iman...


sungguh...aku perlu letakkan semula dahiku untuk benar2 sujud padaMu

~jazakallah daripada insan yang serba lemah~


Thursday, November 3, 2011

~aku perlukan masa~

manusia nak bina bangunan pencakar langit yg cantik...ambil masa bertahun...untuk meruntuhkannya? dalam beberapa saat sahaja boleh runtuh...

sebatang pokok mengambil masa berpuluh2 tahun untuk membesar sebesar sepeluk manusia...untuk menebangnya? dalam masa beberapa minit sahaja...

bagaimana pula dengan seorang insan...yang ingin jadi insan yang baik...bukan mudah...mengambil masa yang sangat lama untuk tetap di jalan kebaikan itu...namun...untuk merosakkannya? bila2 masa..dimana jua boleh berlaku...

sudah tentu ada beza antara manusia, pokok dan bangunan...

diri aku pula? dulu...berdiri gagah di hadapan orang lain...dan kini? aku dah jatuh tersungkur...

perlukah aku membiarkannya? tidak...sama sekali...aku perlu bangkit kembali...dan sudah tentu untuk menuju kebaikan itu mengambil waktu yg lama...namun aku perlu cuba...terus dan teruskan...usaha tersebut...

tak mahu sia2kan kebaiakan diri ku...sedangkan aku acap kali tertewas dengan bisikan syaitan dan hawa nafsu...aku malu dengan dia, aku malu dengan diriku...dan paling utama aku malu dengan Allah...hinanya aku...hinanya aku...hinanya aku...

izinkan aku untuk berjauhan dari semua untuk sementara waktu ini...beri aku ruang dan peluang...perlahan2 aku akan cuba...dan aku masih memerlukan masa...

~jazakallah dari insan yang serba lemah~

Tuesday, October 18, 2011

~aku cuma mahukan~

aku cuma mahu bawa dia pada agama...namun sebaliknya...diriku yang tenggelam dibuai dunia...rasa indah rasa seronok dengan suasana yang tak pernah aku alami selama ini...walhal itu semua hanyalah satu tipu daya...

salah diriku yang tidak tetap pada agamaMu....salah diriku yang tidak betul2 menjaga niat dan amanah dari seorang sahabat kepadaku...

aku tak tahu bagaimana untuk aku mulakan kembali...aku telah jatuh tersungkur dan tidak mampu mendongak lagi...aku telah tersesat dalam terang...aku telah kehilangan segala yang aku ada dahulu...kerana aku...kerana aku...kerana aku...kerana aku telah jauh dari agamaMu

namun aku tahu pintu taubat itu sentiasa terbuka...namun nafsuku acap kali menarik aku kembali tatkala aku sedang berjalan menuju ke pintu itu...suasana sekelilingku telah menambat hatiku dengan kebesaran makhluk dan dunia di sekelilingku....sehinggakan apabila diperdengarkan kebesaran Allah ke lohong telingaku...hatiku seolah2 tidak merasa apa2...

mana mungkin aku mahu berubah seperti dulu dengan mudah...mana mungkin aku menyukai diriku yang sekarang...mana mungkin aku mahu memasuki neraka Allah...dan mana mungkin diriku ini berasa layak untuk masuk ke syurga Allah...

aku mahu...aku mahu....aku mahu...membawa insan yg akn menjadi tulang rusukku...benar2 mencintai aku kerana Allah...aku mahu cinta ku itu nanti akan membuat dia dan aku dapat bertemu di syurga Allah...tapi kenapa mulutku berbicara begini...sedangkan apa yang aku lakukan jauh terpesong dari kata2 ku? aku menepuk dada dan bertanya kepada imanku...lemah...sangat lemah....

ku tahu keadaan diriku lalu aku berusaha membaikinya....sampai satu saat aku berasa putus asa...Allahuakbar...Allah masih sayangkn aku...Allah hantar kembali...seorang insan yg prnh ku lukai...untuk datang memberi nasihat penuh makna buat diriku...betapa terharunya diri ini...betapa sebaknya diri ini pada waktu itu...tak dapat aku bahasakan dengan lidah keluku...aku kini cuba kembali...kembali kepada diriku yang dulu...membawa bersama insan yang aku kasihi bersamaku...

aku berazam untuk mendidiknya sebaiknya...seperti mana contoh yang Rasulullah telah tunjukkan dalam mendidik isteri2nya...penuh hikmah dan kelembutan...setiap kata2 baginda sangat menyentuh hati yang mendengar...namun adakah diri ini mampu...

aku percaya semua ini akan menjadi mudah apabila Allah mencampakkan nur hidayah dalam diri kita...dengan hidayah perkara yang tidak nampak akan menjadi sangat jelas di mata hati kita...itulah akhirat....syurga...neraka...azab kubur...qiamat...semua itu benar...dan dibenarkan hanya dengan iman...semoga aku dan dia mendapat hidayah dalam perjalanan panjang dan jauh menelusuri jalanMu Ya Allah...

aku cuma mahukan syurga di pengakhirannya...dan aku cuma mahu itu...namun andai nyawaku dicabut sekarang...aku tidak fikir aku layak ditempatkan di syurga itu... :'(

ampunkan dosa kami Ya Allah...




Saturday, October 15, 2011

~something to be pondered upon~

manusia...manusia...dan manusia...engkau bijak...bila kau ingat mati....mengapa? kerana mengingati mati akan membuatkan dirimu sedar siapa dirimu yang sebenarnya...kau akan rasa betapa sementaranya hidup ini...betapa kerdilnya dirimu...betapa segala yang ada pada diri hakikatnya adalah ujian dan pinjaman semata2

engkau bijak? engkau kaya? engkau ada pangkat? engkau cantik? engkau hensem? engkau berbakat dalam sesuatu? namun apabila tiada agama dalam dirimu...semua itu bernilai hanya di mata kasar dan mata hati manusia yang buta...

engkau tidak berapa bijak? engkau tidak kaya? engkau tiada pangkat? engkau tidak cantik? engkau tidak hensem? engkau tiada bakat tersendiri? engkau cacat? tapi kau ada agama dalam diri kau...sesungguhnya pada pandangan mata hati manusia yang celik dan pandangan Allah yang Maha Melihat...agama engkaulah yang akan dan menjulang tinggi dirimu...malah menaikkan darjatmu di sisi Allah


namun aku pula bagaimana? dan anda yang sedang membaca pula bagaimana? tepuk dada tanyalah iman...mulut senang berbicara...namun hati tiada yang boleh menduga...this is really is something that need to be pondered upon

~jazakallah daripada insan yang serba lemah~