Wednesday, November 24, 2010

Tamsil Kehidupan



pernah aku terdengar kata2 ini dari seseorang...dan kata2 ini telah mengubah prinsp aku tentang apa yang diertikan sebenarnya dengan kehidupan...

insan tersebut membuat tamsilan betapa pentingnya agar segala keindahan dunia yang kita hadapi sekarang tidak masuk ke dalam hati kita...

seperti mana sebuah bot laju yang telah dibina oleh tangan manusia sendiri...tidak akan mungkin bot laju yang telah dibina ini boleh digerakkan di atas daratan mahupun udara...hanya di atas air sahaja bot ini akan boleh bergerak...dan sebaik bot laju tersebut mula meluncur laju di atas air dan terumbang-ambing menghempas2 permukaan air...pasti akan ada percikan air yang masuk ke dalam bot tersebut...dan kalau tidak dikeluarkan air tersebut...lama kelamaan bot tersebut akan dipenuhi dengan air lalu tenggelam...

begitu juga dengan kehidupan...

Allah s.w.t telah jadikan kita untuk hidup di atas muka bumi...dan tiada alam lain yang memungkinkan untuk kita hidup selain di atas dunia ini...namun seperti mana air yang terpercik ke dalam bot tadi...jangan sesekali kita biarkan keindahan2 dunia terpercik lalu memenuhi hati kita...kerana apabila hati kita penuh dengan keindahan2 dunia...nescaya pasti dan pasti diri kita akan mula karam dan terus tenggelam...




2 comments:

AIDiLL said...

sedih... bot ak da tenggelam :(

shaf said...

sama2 usaha ziq...insyaALlah

Post a Comment