harini menjadi sejarah...tanpa aku sangka2...aku telah habis menonton satu filem yang sangat menarik...aku prnh diberitahu betapa bahagianya kalau aku dapat menjalani kehidupan sebagai umat Islam yang benar2 mengikut nilai Islam yang diajarkan Rasulullah...dan perkara tersebut dapat aku lihat dalam filem ini...Ketika Cinta Bertasbih...
sama ke dengan filem2 Islam yang lain? berbeza....sama sekali berbeza...daripada watak dan pemegang watak...sehinggalah ke jalan dan penyampaian ceritanya...mungkin dah ramai yang dah menonton kcb (ketika cinta bertasbih 1 & 2) tapi x ramai yang dah menonton habis kcb versi drama...56 episod kesemuanya....
dalam filem ini...ditunjukkan bagaimana seorang lelaki yang sentiasa mahu menjdikan dirinya sebagai hamba yang menjalani kehidupan seperti mana yang dianjurkan Rasulullah...dan seorang wanita yang sentiasa menginginkan dirinya untuk sentiasa menjalani kehidupan seperti mana hebatnya wanita bernama khadijah dan sahabiah2 lain...memang tersangatlah indah...bila cinta yang menghubungkan adam dan hawa didasari dengan perasaan kasih yang tak terhingga pada Allah dan rasul...
apa yang menarik...kesemua pemegang watak filem ini...berasal daripada latar belakang yang sama seprti mana watak yang mereka lakonkan....sbb itulah aura lakonan mereka seolah2 tiada cacat cela dan memberi kesan mendalam kepada setiap insan yang menontonnya...
macam mana tiba2 aku rase nak tonton cerita ini? ade seorang perempuan solehah yang sangat aku hormat...yang pada mulanya memperkenalkan filem ni pada aku sblm aku fly...sebaik sampai di negara ni...aku teringatkn kisah yg pernh dia britahu aku dari filem tersebut...perempuan ini bersungguh memberitahu aku bahawa masjid universitinya juga ada dalam filem tersbut...aku pun tonton dengan niat utk melihat apa yang diberithu perempuan ini...ternyata...aku mula tertarik sejak permulaan filem itu...dan skarang aku dah selesai menonton kesemuanya...bukanlah tonton sekaligus...tapi sikit2 dan ambil msa yang lama...
barangkali luangkanlah sedikit masa untuk menonton filem yang penuh manfaat ini...nilai2 Islam di dalamnya sangat2 dijaga...dan kesannya bergantung kepada penghayatan kita...jazakallah :)
p/s : jap...knapa aku rase aku punya bahasa pun dah macam indon ni...huhu...pengaruh filem tu kot...layan je lah eh...huhuhu
0 comments:
Post a Comment