Tuesday, November 30, 2010

~persepsi~



hmmm...post kali ini aku cuma nk berkongsi...sebenarnya pandangan kita bahawa...orang us ni perlu dimusuhi sbb tentangan mereka terhadap Islam perlu diubah...bukan semua orang di sini berpandangan serong terhdap Islam...even local people sebnarnya sgt2 suka menambah pengetahuan mereka tentang Islam...mungkin mereka belum mendapat hidayah...tapi ramai di antara mereka yang hatinya masih lembut terhdap Islam...yg penting setiap kali dalm doa kita...kita mohon agar Allah sebarkan hidayah ke seluruh alam...

ahli2 masjid di sini pula sgt2 komited terhdap agama...mereka pasti akan meluangkan masa mereka untuk memperknalkn lagi dgn lbh mendlm tntng Islam kpd local people...dan aku percaya...insyaAllah usaha mereka ni takkan bertemu titik noktah...

may Allah spreads the hidayah to them...amin


feel free to ask about Islam...we are always here for you





Wednesday, November 24, 2010

Ketika...........Bertasbih


harini menjadi sejarah...tanpa aku sangka2...aku telah habis menonton satu filem yang sangat menarik...aku prnh diberitahu betapa bahagianya kalau aku dapat menjalani kehidupan sebagai umat Islam yang benar2 mengikut nilai Islam yang diajarkan Rasulullah...dan perkara tersebut dapat aku lihat dalam filem ini...Ketika Cinta Bertasbih...

sama ke dengan filem2 Islam yang lain? berbeza....sama sekali berbeza...daripada watak dan pemegang watak...sehinggalah ke jalan dan penyampaian ceritanya...mungkin dah ramai yang dah menonton kcb (ketika cinta bertasbih 1 & 2) tapi x ramai yang dah menonton habis kcb versi drama...56 episod kesemuanya....

dalam filem ini...ditunjukkan bagaimana seorang lelaki yang sentiasa mahu menjdikan dirinya sebagai hamba yang menjalani kehidupan seperti mana yang dianjurkan Rasulullah...dan seorang wanita yang sentiasa menginginkan dirinya untuk sentiasa menjalani kehidupan seperti mana hebatnya wanita bernama khadijah dan sahabiah2 lain...memang tersangatlah indah...bila cinta yang menghubungkan adam dan hawa didasari dengan perasaan kasih yang tak terhingga pada Allah dan rasul...

apa yang menarik...kesemua pemegang watak filem ini...berasal daripada latar belakang yang sama seprti mana watak yang mereka lakonkan....sbb itulah aura lakonan mereka seolah2 tiada cacat cela dan memberi kesan mendalam kepada setiap insan yang menontonnya...

macam mana tiba2 aku rase nak tonton cerita ini? ade seorang perempuan solehah yang sangat aku hormat...yang pada mulanya memperkenalkan filem ni pada aku sblm aku fly...sebaik sampai di negara ni...aku teringatkn kisah yg pernh dia britahu aku dari filem tersebut...perempuan ini bersungguh memberitahu aku bahawa masjid universitinya juga ada dalam filem tersbut...aku pun tonton dengan niat utk melihat apa yang diberithu perempuan ini...ternyata...aku mula tertarik sejak permulaan filem itu...dan skarang aku dah selesai menonton kesemuanya...bukanlah tonton sekaligus...tapi sikit2 dan ambil msa yang lama...

barangkali luangkanlah sedikit masa untuk menonton filem yang penuh manfaat ini...nilai2 Islam di dalamnya sangat2 dijaga...dan kesannya bergantung kepada penghayatan kita...jazakallah :)

p/s : jap...knapa aku rase aku punya bahasa pun dah macam indon ni...huhu...pengaruh filem tu kot...layan je lah eh...huhuhu

Tamsil Kehidupan



pernah aku terdengar kata2 ini dari seseorang...dan kata2 ini telah mengubah prinsp aku tentang apa yang diertikan sebenarnya dengan kehidupan...

insan tersebut membuat tamsilan betapa pentingnya agar segala keindahan dunia yang kita hadapi sekarang tidak masuk ke dalam hati kita...

seperti mana sebuah bot laju yang telah dibina oleh tangan manusia sendiri...tidak akan mungkin bot laju yang telah dibina ini boleh digerakkan di atas daratan mahupun udara...hanya di atas air sahaja bot ini akan boleh bergerak...dan sebaik bot laju tersebut mula meluncur laju di atas air dan terumbang-ambing menghempas2 permukaan air...pasti akan ada percikan air yang masuk ke dalam bot tersebut...dan kalau tidak dikeluarkan air tersebut...lama kelamaan bot tersebut akan dipenuhi dengan air lalu tenggelam...

begitu juga dengan kehidupan...

Allah s.w.t telah jadikan kita untuk hidup di atas muka bumi...dan tiada alam lain yang memungkinkan untuk kita hidup selain di atas dunia ini...namun seperti mana air yang terpercik ke dalam bot tadi...jangan sesekali kita biarkan keindahan2 dunia terpercik lalu memenuhi hati kita...kerana apabila hati kita penuh dengan keindahan2 dunia...nescaya pasti dan pasti diri kita akan mula karam dan terus tenggelam...




Monday, November 22, 2010

saudara baru...alhamdulillah :)

selalu aku dengar bahawa Islam semakin tersebar jauh terutama di negara2 barat...memang benar...subhanallah...Maha suci Allah...di suatu hari selepas sahaja solat maghrib dan sebaik sahaja imam Ilhan dari pakistan yang juga merupakan student di sini hb sberwirid...maka datanglah seorang pemuda yg x pernh aku lihat d msjd sblm ini diiringi dgn salanh seorang ahli masjid lalu mereka duduk bersimpuh menghadap satu sama lain di hdapan para makmum...


tanpa aku duga...Allahuakbar...rupa2nya...pemuda yg aku x prnh nampak tadi...akn menjadi saudara baru aku dalam agamaku...lalu dia mngucap 2 kalimah syahdah...


imam ilhan, brother x (x kenal...hehe) and tyler mallari

sedikit sebanyak latar belakang pemuda ni yg aku tahu...dia berasal dari daerah california...dan merupakan Philipinnes descent...dia membesar dan berkawan dgn kawan2 sebayanya yang mostly Muslim...dan dipendekkan criter...di slalu bertanya tentang Islam kepada rakan2nya...dan dia juga sebnarnya sebaya degn aku ....baru je 1st sem majoring in pharmaceutical...ditakdirkan Allah dia memeluk Islam beberapa bulan selepas belajar di sini...
oh ya...nama dia ...Tyler Mallari...dan aku prnh tanya dia x tukar nama Islam ke...? tp dia kata still dia guna nama tu buat masa ni...mungkin di masa depan dia akn tukar nama dia...insyaAllah

malam itu, aku rase sgt2 bersyukur dpt melihat sendiri penyerahan diri seorang hamba kepada tuannya yang sebenar dan hakiki...dan janganlah sesekali kita lupa untuk mohon Allah sebarkan hidayah ke seluruh alam ...jazkallah

Sunday, November 21, 2010

belum menemuinya

aku tidak tahu kenapa...tetapi cara berfikir aku tentang sesuatu perkara selalunya sangat berbeza dengan cara berfikir orang lain...aku selalu melihat suatu masalah besar sebagai kecil ...dan melihat masalah yang kecil sebgai suatu perkara yang sangat besar dan penting...kerana mungkin pengalamanku yang lampau membuat aku begitu...barang kali ada sesuatu dalam diriku...yang mungkin aku sendiri belum menerobosinya...dan aku yakin ramai orang lagi yang belum menemui dirinya sebenar dan sibuk tercari2 siapa dirinya...

aku selalu melihat suatu masalah besar sebagai kecil ...dan melihat masalah yang kecil sebgai suatu perkara yang sangat besar dan penting


tapi ingatlah...siapapun kita...pasti dan pasti...kita masih merupakan hambaNya dan kepadanyalah kita perlu bersrah dan akn kembali...

Saturday, November 20, 2010

Sememangnya tidak seperti yang disangka



fuh
Hari ni...20 november 2010...di us...kat malaysia...erm 2o nov gak tapi dah malam...huhu

aku terpanggil semula untuk mengaktifkan kembali blog yg suatu ketika dahulu aku pernah deactivatekan...kenapa? mungkin kalau bukan sekarang akan ade banyak perkara yang ingin aku kongsikan di masa hadapan sepanjang kehidupanku merantau di negara orang...

Alhamdulillah, sudah 2 bulan stengah aku di sini, di bumi West Lafayette, Indiana...kawasannya x blh aku kata mcm bandar dan x blh plak aku kata mcm kampung...senang kata pekan lah...masa sblm datang dulu...mcm2 aku pk...orang us ni benci Islam lah...takut diorang pulaukan lah...takut x reti cakap english lah...mcm2...huhu...

the first day aku kat sini...aku disambut baik oleh senior2 kat Purdue...oh btw lupa lak bitahu nama U aku adalah Purdue University...boleh lah google utk penerangan selanjutnya ttg U aku tu..menumpang kat rumah diorang untuk sementara waktu...argh...seminggu jet lag...x blh tahan...rase nak pengsan satu hari...tp last2 dah ok...


a glimpse of Purdue


Islamic Center of Greater Lafayette

mula2 sampai aku cari masjid...masuk2 je masjid ade sorang sorang brother, Ibrahim nama dia...bual2 skit ngan dia...and dia ajak aku aku buka skali kat masjid...almaklumlah time tu ramadhan...makan piza tu buka...x prnh2...aku pun makan le banyak2...piza free le katakan...dan hari2 berikutnya berjalan seperti biasa...sampailah the first day of my lecture...calculus II lecture...masuk je dewan tu...wo...ramainya...dan bile lecturer start bercakap...aku rase aku dgr mcm dia humming je sampai hbs kelas...x fhm langsung accent dia...Ya Allah...tapi skrang dah ok da...alhmdulillah...dah dpt tangkap accent lecturer aku tu yg entah dari negra mana...nama dia Prof. Burito...mungkin dari Amerika Latin kot...nama klasik je...
Prof Burito lecture

Maka bermulah hidup aku sebagai student kat sini...best? alhmdulillah...pembelajarannya very structured and systematic :) tapi quite tough...and sampai skrang ni aku dah melalui 3 exam dah...dah nak masuk final...fuh...meletihkan...memang stressful yet interesting...aku mulalah belajar cakap2 english dgn omputih2 nih...walaupun terabur sana sini...huhu...blajalah skit2 accent and American colloquial words...dan along these 2 months of life process...aku blaja masak(kadang2 sedap...kadang2 je), blaja urus rumah sewa and mcm2 lagilah...tapi yg paling penting skali aku blajar bagaimana hendak hidup sebagai orang Islam dlam kelompok minoriti yg hidup bersama majoriti non-muslim...bnyk yg kena jaga...contohnya makanan yg halal...tapi skrang dah tahu kedai2 halal sume...dah jadi senang skit dah alhmdulillah...begitulah coretan aku utk stakat ini...bnyk lagi nak kongsi...cuma kadang2 x cukup masa dan x teringat pun sebenarnya aku ade blog...huhu...
akhir kata...sememangnya US ni memang bukan seperti yang aku sangka... jazakallah....