Sunday, December 26, 2010
Sunday, December 12, 2010
perkara paling berharga
Wednesday, December 8, 2010
mencari maksud hidup...
Tuesday, December 7, 2010
aku rase sajak ni memang best
Palestin itu jauh dari kita
Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan
Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak
irama kita
adalah suara siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu
irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi
sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka
berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya
tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan
Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan
Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…
Siapakah kita berbanding mereka?
25 May 06
Muharikah
Saturday, December 4, 2010
Peristiwa ini mengajarku...
Wednesday, December 1, 2010
Jauhilah...
Tuesday, November 30, 2010
~persepsi~
Wednesday, November 24, 2010
Ketika...........Bertasbih
Tamsil Kehidupan
pernah aku terdengar kata2 ini dari seseorang...dan kata2 ini telah mengubah prinsp aku tentang apa yang diertikan sebenarnya dengan kehidupan...
Monday, November 22, 2010
saudara baru...alhamdulillah :)
tanpa aku duga...Allahuakbar...rupa2nya...pemuda yg aku x prnh nampak tadi...akn menjadi saudara baru aku dalam agamaku...lalu dia mngucap 2 kalimah syahdah...
oh ya...nama dia ...Tyler Mallari...dan aku prnh tanya dia x tukar nama Islam ke...? tp dia kata still dia guna nama tu buat masa ni...mungkin di masa depan dia akn tukar nama dia...insyaAllah
malam itu, aku rase sgt2 bersyukur dpt melihat sendiri penyerahan diri seorang hamba kepada tuannya yang sebenar dan hakiki...dan janganlah sesekali kita lupa untuk mohon Allah sebarkan hidayah ke seluruh alam ...jazkallah
Sunday, November 21, 2010
belum menemuinya
aku selalu melihat suatu masalah besar sebagai kecil ...dan melihat masalah yang kecil sebgai suatu perkara yang sangat besar dan penting
tapi ingatlah...siapapun kita...pasti dan pasti...kita masih merupakan hambaNya dan kepadanyalah kita perlu bersrah dan akn kembali...
Saturday, November 20, 2010
Sememangnya tidak seperti yang disangka
Hari ni...20 november 2010...di us...kat malaysia...erm 2o nov gak tapi dah malam...huhu
aku terpanggil semula untuk mengaktifkan kembali blog yg suatu ketika dahulu aku pernah deactivatekan...kenapa? mungkin kalau bukan sekarang akan ade banyak perkara yang ingin aku kongsikan di masa hadapan sepanjang kehidupanku merantau di negara orang...
Alhamdulillah, sudah 2 bulan stengah aku di sini, di bumi West Lafayette, Indiana...kawasannya x blh aku kata mcm bandar dan x blh plak aku kata mcm kampung...senang kata pekan lah...masa sblm datang dulu...mcm2 aku pk...orang us ni benci Islam lah...takut diorang pulaukan lah...takut x reti cakap english lah...mcm2...huhu...
the first day aku kat sini...aku disambut baik oleh senior2 kat Purdue...oh btw lupa lak bitahu nama U aku adalah Purdue University...boleh lah google utk penerangan selanjutnya ttg U aku tu..menumpang kat rumah diorang untuk sementara waktu...argh...seminggu jet lag...x blh tahan...rase nak pengsan satu hari...tp last2 dah ok...
akhir kata...sememangnya US ni memang bukan seperti yang aku sangka... jazakallah....