Thursday, August 11, 2011

~seindah2 perhiasan dunia~


NAFSU mengatakan wanita cantik atas dasar RUPANYA
AKAL mengatakan wanita cantik atas dasar ILMU DAN KEPANDAIANNYA
HATI mengatakan wanita cantik atas dasar AKHLAKNYA

wanita hiasan dunia...seindah hiasan adalah wanita solehah

tidaklah aku mengharapkan insan yang solehah untuk menjadi pelengkap tulang rusukku...kerana aku sedar...aku sendiri tidaklah sesoleh mana...cukuplah seandainya aku dikurniakan insan yang bersedia untuk dididik dan punyai keinginan menjadi insan solehah...kerana insan sebegitu akan membuatkan aku menjadi lebih kuat untuk berubah menjadi orang yang lebih soleh...dan apa yang aku pasti...hakikat kebahagiaan hidup hanya boleh diperoleh dengan agama

~jazakallah dari insan yang lemah~

Sunday, August 7, 2011

~hikmah~

aku patuhi permintaannya dengan penuh resah

dan aku anggap permintaan itu sebagai amanah

mungkin pelaksanaanya sedikit payah

namun aku yakin semua ini pasti ada hikmah

Sunday, July 31, 2011

~Ingatan buat diri ini~

kesukaran dan dugaan yang aku alami ini membuatkan diri aku lebih matang...sedangkan langit yang cerah boleh mendung secara tiba2...inikan pula kehidupan yang kita takkan pernah tahu dengan pasti apa yang akan berlaku di masa hadapan...

peristiwa yang aku hadapi ni mungkin adalah yang pertama kali dalam hidupku...namun aku menerimanya dengan sepenuh hati...kerana aku berpegang pada kata2 pendek penuh makna darpd seorang sahabatku...

"jangan biarkan jiwa menjadi lemah...hanya kerana cinta manusia"

Jazakallah...dari insan yang serba lemah...

Tuesday, June 21, 2011

~Aku Mendambakan~


...Bismillahiirahmanirrahim...


Aku mendambakan cinta seorang insan
yang ramah sifatnya
dan tahu mengawal kepada siapa dia perlu menunjukkan sifat ramahnya

Aku mendambakan cinta seorang insan
yang baik paras rupanya
dan tahu kepada siapa dia perlu menyembunyikan kecantikannya

Aku mendambakan cinta seorang insan
yang berhati mulia
dan dia sentiasa ikhlas dalam setiap amal perbuatannya

Aku mendambakan cinta seorang insan
yang tenang sifatnya
dan tidak mudah dikuasai emosi apabila keadaan tidak menyebelahinya

Aku mendambakan cinta seorang insan
yang jujur tingkah laku dan kata2nya
dan dia sentiasa berlaku jujur walau dengan sesiapa

Aku mendambakan cinta seorang insan
yang jauh pandangannya
dan jauh pandangnya lebih kepada akhirat dan bukan dunia semata


Aku mendambakan cinta seorang insan
yang mana kehadirannya
bukan sahaja membuatkan aku bahagia malah keluargaku jua turut bahagia

Aku mendambakan cinta seorang insan
yang cintanya
membuatkan aku lebih dekat dengan Rasulnya

Aku mendambakan cinta seorang insan
yang cintanya antara aku dan dia
sentiasa di bawah payung rahmatnya

Kerana insan yang sebegitu
membuatkan
dirinya begitu berharga untukku
dan diriku begitu istimewa buatnya

Jazakallah
~ dari insan yang serba lemah~





Thursday, April 28, 2011

~deen ki mehnat~


ada satu tamsilan yg aku prnh dgr sewaktu bayan di Sri Petaling
bunyinya begini...

kalau manusia membina sebuah sampan...tak kira sebesar, sekecil, secantik atau semahal manapun sampan tersebut

...hakikatnya...

sampan tersebut hanya boleh bergerak di atas air sahaja...tidak mungkin di udara dan tidak mungkin di darat

...namun...

walaupun sampan itu hanya boleh bergerak atas air...manusia yang menaikinya pasti akan mencurahkan balik keluar air yg terpercik masuk ke dalam sampan tersebut utk mengelakkan sampan tersebut karam dan tenggelam

...sahabat2 yang mulia...


perkara yang sama jugalah yg berlaku dlm kehidupan kita...Allah menciptakan manusia...dan tiada tempat lain yang boleh kita hidup...di atas dunia ni je la...

...namun...

seperti mana sampan tadi yg akn tenggelam jika air memenuhinya....begitulah juga manusia...kalau kita biarkan hati kita dipenuhi dgn dunia...maka...pasti dan pasti...kita akan tenggelam...

~jazakallah dari insan serba lemah~






Saturday, April 16, 2011

~Cukuplah~


Cukup cintai dia dalam diam...

bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi untuk menjaga kesuciannya


Cukup cintai dia dari kejauhan...

kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan...

Cukup cintai dia dengan kesederhanaan...

memupuknya hanya akan menambah penderitaan..


Maka cintailah dia dengan keikhlasan...

Tuesday, April 5, 2011

~masjid baru~

assalamualaikum ha...ni kisah lama...yang aku nak kongsikan...aku berkesempatan untuk pergi ke masjid nur yang merupakan masjid yang baru dibuka di kawasan indianapolis...lokasinya terletak lebh kurang 2 jam setengah dari tmpt aku... jemaah masjid dari west lafayette (tempt aku) dijemput utk menghadiri bayan (ceramah) yg dianjurkn pihak masjid sempena pembukaan masjid tersebut... bangunan asal masjid ni sebenarnya dari bangunan pentadbiran sebuah syarikat elektrik...dibeli dan dan diconvert menjadi masjid...subhanallah...
bahagian luar masjid e-noor (an-nur)


sebenarnya...kt us ni...dah beribu2 dah masjid...kat chicago je dah ade lebih kurang 150 masjid...ha...banyakkan? cuma masjid2 ni kebanyakannya tersorok dari khalayak ramai...ok berbalik pada cerita aku tadi...sesampainya di masjid tersebut kami disambut dgn penuh mesra oleh ahli jemaah tempatan...solat maghrib dan lepas tu ade bayan...


subhanallah bayan yg diberikan cukup2 mantap...aku rase yg beri bayan tu mungkin ulamak...dia cerita kepentingan utk menjaga amal masjid ni...dan pastikan masjid ni sentiasa hidup...apa guna masjid yang dibuat bertatahkan berlian...tapi amalan masjid seperti x hidup....btulkan? tp itulah yg tlh bnyk terjadi pd masjid2 kita...silap dan salah kita...yg x punya kesedaran...daripada bayan tersebut... pembayan ade beri satu tamsilan yg sgt menarik...mafhumnya lebih kurang begini...ceh...hehe


dunia ni umpama bayang2...dan akhirat umpama cahaya yang memancar ke arah kita...cuba kalau kita kejar bayang2...boleh x kita tangkap bayang2 tu? ha...mana boleh kan...tp cuba kalau kita berjalan menuju cahaya yg memancar ke arah kita... x yah nk susah2 kejarpun...ha...mesti bayang2 tu akan mengekori kita kn...? sbb tulah pentingnya bg kta utk utamakan akhirat atas segalanya...kalau kita kejar dunia akhirat kita belum pasti terjamin...tp kalau kita kejar akhirat dunia pasti dan pasti terjamin...






ruang dalam masjid



jemaah berbincang tentang masa depan...mandai2 je aku ni...hehe



sebelum solat


best betul hari tu...dapat jumpa ramai kawan muslim baru...makan pun sedap2...hehe...mudah2han Islam akan terus berkembang pesat di bumi US ni insyaAllah...on the way balik...aku and the gang singgah kt restoran pizza...yg bestnya restoran pizza ni HALALLLLLLLLLL....huhu...bukan senang nk carik...



tgk btul2 kt pintu tu...ade tanda halal...huhu


ok...sampai di sini saja...salam ukhuwah dari insan yg serba lemah...


~jazakallah~