Sunday, September 25, 2011

~bismillah~

subhanallah...Maha Suci Allah...Ya Allah...kau telah memberiku petunjuk di kala aku kesesatan...Ya Allah kau telah menegurku atas segala khilafku selama ini...Ya Allah kau telah membuka semula jalan taubat untukku...sesunggunya Ya Allah...

Kau telah mengurniakan aku seorang sahabat yang sentiasa bersedia untuk membantu diriku dan menegur segala kesilapanku demi kebaikanku...terima kasih duhai sahabat...aku sangat menghargai kehadiranmu dalam hidupku...dan ketahuilah betapa aku tidak mahu kehilanganmu

Ya Allah sesungguhnya...aku kini sudah dapat merasai kembali roh dan semangat Islamku mula perlahan2 masuk semula ke dalam jasadku...permudahkanlah Ya Allah segala urusanku...curahkanlah hidayahMu kepadaku tanpa henti

Ya Allah...kini Shafiq Aziz yang dulu...telah kembali...dengan lembaran hidup yang baru...maka
dengan lafaz Bismillah...aku mulakan langkahku...

Wednesday, September 21, 2011

~penyesalan~

kadang kala aku merasa sangat menyesal dengan apa yang telah aku lakukan...namun...untuk kebahagiaan semua bagi jangka masa panjang...aku sentiasa memandang betapa apa yang aku dah lakukan ini...pasti ada hikmah yang aku sendiri tak terduga...sabar menanti pengakhirannya

Monday, September 12, 2011

~tidak seindah yang diharapkan~

usiaku semakin lama semakin meningkat....jalur kehidupan yang aku lalui sekarang juga berlainan dari dulu... fikiranku semakin matang dari dulu...sifatku sedikit berubah mengikut suasana persekitaran hidupku...

ada saat di mana aku menyangka...hidup ini akan selalu indah...namun hakikatnya langit tidaklah selalu cerah...hidup ini berkisar tentang bagaimana kita menjaga hubungan di antara yang Maha Pencipta dan juga hubungan di antara insan yang hidup di sekeliling kita...apa gunanya seorang manusia yang begitu taat pada Pencipta namun mengabaikan sama sekali hubungan sesama manusia...apa gunanya juga insan yang mana begitu menjaga tatasusila dan adab sesama manusia namun lupa langsung kepada Maha Pencipta...

aku sendiri tidak dapat meletakkn diri aku bagi mana2 kategori manusia yang aku sebutkan di atas... kerana diriku sendiri terlalu mudah berubah2...pasang dan surut...tenggelam dan timbul...namun aku senantiasa cuba sebaiknya untuk menjaga kedua2 bentuk hubungan walaupun aku merasakan masih terlalu banyak kelemahan dalam diriku yang perlu aku perbaiki...

mungkin tanpa aku sedari...tindak tandukku...percakapanku...pendapatku...barangkali menyinggung dan menghiris hati dan perasaan insan di sekelilingku...dan aku sedar itu semua berlaku atas asbab kelemahan diriku sendiri...

atau apakah mungkin kerana aku semakin jauh dari Maha Pencipta menyebabkan aku semakin susah menjaga akrabnya hubungan di antara insan di sekelilingku yang sudah sedia terjalin...Ya Allah...engkau sahaja yang tahu betapa aku tidak mahu kehilangan mereka dari hidupku...mungkin disebabkan sifat manusia yang terlalu suka meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk perkara yang subjektif dan tidak pasti...menyebabkan kita mudah kecewa...kita mudah alpa...dan hilang yakin kepada takdirnya...

Ya Allah...permudahkanlah segalanya...


Monday, September 5, 2011

~baitullah~

hmm...bestnya lah ai...bile aku dgr crite kawan2 aku yg belajar di mesir dan jordan tu...pergi ke tanah suci haram mekah...jelez sgt2x...di usia muda Allah dah pilih diorang ke sana...tp xpe...aku dah pasang satu niat...aku nak pergi haji di usia muda bersama2 bakal isteri aku insyaAllah...nak tarbiyah hati di tempat yang paling suci...

lately...aku asyik tgk gamba kaabah je...x tahu nape...rase macam tenang sgt bile bayangkn aku dpt pergi sana...suasan ibadah kt sana kuat...best sgt2 bile hidup dgn suasana sekeliling kita penuh dgn nilai agama...diri kita pun akan automatik mudah nk dekatkn diri dgn Allah

dalam hati aku ni...Allah je yg tahu...aku teringin sgt nak lawat masjid nabawi...aku nak lontar jamrah...aku nak lari2 anak kat safa dan marwa...dan aku nak lihat sendiri keadaan di bukit arafah ketika wukuf nanti...suasana yang mana menyedarkan kita bahawa harta, pangkat, kecantikan smualah kelebihan yang ada dalam diri kita sebenarnya tiada nilai pun di sisi Allah...Allah cuma lihat hati kita mcm mana... suasana yang membayangkan perkumpulan manusia di padang mahsyar kelak...takutnya...Ya Allah...

ni ade beberapa pics kegemaran aku yg aku rase tenang bila tgk pic ni...dan aku suka bayangkn diri aku dalam suasana kat dalam gambar tu...

wukuf di arafah *ramainya orng...hehe

masjid nabawi *cantiknya :)

kaabah... *rase nak nangis lah tgk pic ni...sayu sgt... :')


laluan antara bukit safa dan marwa *fuiyo...sesak btul ek...hehe

best x? bile tgk pics2 kat atas ni...mudah2han cita2ku tercapai...mohon doa smua ye....insyaAllah...aku nak didik sgt2 bakal isteri aku dgn agama...salah satu caranya aku nk bawa dia ke kota suci Mekah ni....suasana di sana akan mentarbiyah hatinya dan hatiku insyaAllah... :) before aku akhirkan penulisan ni...aku nak kongsikan lnk sebuah filem yg bnyk ajar aku ttg maksud sebnar utk kita menunaikan rukun Islam kelima ni...hope u guyz enjoy it! :) Emak Ingin Naik Haji....best sgt2 criter ni... :)