this writing was written back in 2018. I just have the strength to publish this on 2021...
Aku sama sekali tidak menjangkakan perkara ini akan berlaku pada aku dan dia.
Sedang perkenalan selama lima tahun menjadi perjudian dalam hubungan ini.
Perit.
Sangat.
Sukar ditelan
Namun mungkin ini takdir yang ditentukan Allah untukku,
Aku sayang. Siapa kata tidak sayang. Namun sayang tidak semestinya bersama.
Tak perlu aku coretkan novel cinta dalam warkah picisan sebegini.
Banyak.
Terlalu banyak yang aku belajar.
Kehidupan tak semudah dan mungkin tak sesusah yang disangka.
Mungkin aku terperangkap dalam jerangkap samar yang aku buat sendiri.
Yang elok yang molek yang cantik di depan mata.
Aku ketepikan.
Kalau kerana nafsu tidak perlu aku berfikir panjang.
Redah sahaja.
Ku fikir dia. Ku fikir aku. Adakah mampu kami bahagia bersama?
Satu saat.
Aku terasa seakan perkenalan panjang kami semua itu tipu daya syaitan.
Yang meletakkan semua yang manis dalam tiada redhaNya.
Mungkin itu. Penyebabnya. Tiada berkat.
Yang jadi itu. Aku tidak menyesal.
Mungkin ini ruangnya.
Dia mencari dirinya.
Aku mencari diriku.
Mungkin ini ruangnya.
Dia mencari penggantiku.
Aku mencari penggantinya.
Atau mungkin juga kami akan bersatu kembali.
Siapa tahu.
Perancangan Allah sebaik-baik perancangan.
Ya perkahwinan itu membuka pintu rezeki seluasnya.
Namun perkahwinan itu juga boleh menjerumuskan aku ke neraka.
Atau ke syurga barangkali.
Kini dia sudah boleh menerima. Sepenuhnya. Takdir.
Aku bukan jodohnya.
Mungkin untuk masa ini.
Mungkin untuk selamanya.
Dibahasakan dirinya "aku".
Masih dia cuba menghubungiku.
Maaf aku tidak mahu memberi harapan lagi.
Luka yang parah berdarah.
Tak mahu kusemburkan garam ke atasnya.
Semakin sakit jadinya.
Aku jumpa seseorang.
Mengisi ruang hatiku.
Aku selesa. Aku bahagia.
Namun aku belum sedia memberi harapan.
Harapan palsu itu menyakitkan.
Aku doakan kalau bukan aku.
Sekurang-kurangnya aku sempat menjaga kau.
Sebelum kau berpunya.
Aku suka kau.
Aku suka dia.
Kau suka aku.
Dia suka aku.
Aku perlu bermadu?
Tidak. Kot.
9/7/16
Hari aku dijadualkan nikah.
Entah kenapa.
Aku menarik diri.
Untuk kebaikan aku dan dia.
Untuk apa aku bernikah dalam keadaan aku makan hati?
Sedangkan aku berhak memilih insan yang akan ku tanggung dosanya.
Aku perlu kuatkan diri melalui hari itu.
Sunday, November 21, 2021
~Apa Mungkin Aku Sudah Tersasar~
this writing was written back in 2016. I just have the strength to publish this in 2021...
aku dapat merasakan diriku kini
berbeza dengan diriku yang dulu
apakah aku telah tersasar
dari tujuan penghidupanku
Ya Allah
temukan aku dengan sahabat yang sentiasa mengingatkan aku
Subscribe to:
Posts (Atom)