agar kau lebih matang dalam tindakanmu.
terutama yang memberi kesan yg amat besar dari segi psikologi pemikiranku.
aku sudah keluar dari perbuatan itu.
namun kau masih sengaja melempar kembali hampas lama.
agar aku berbau busuk semula.
supaya aku mudah dirobek dan dihina.
menjadi beg tinju melepaskan dendammu.
sedangkan semua itu sudah berlalu.
aku tahu kau masih belum boleh menerima.
kau hanya fikir apa perasaanmu.
sampai aku umpama tiada apa apa.
matanglah dalam perlakuan.
yang memberi kesan jangka masa panjang.
doaku.
kalau benar kau untukku.
maka Ya Allah. Kau permudahkanlah.
jika bukan.
Kau hentikanlah. dengan cara yang baik.
Itu jalan terakhir yang mampu untukku lakukan.
Apa mungkin Ya Allah.
Kau tugaskanku untuk membuka jalan untuknya keluar dari dunianya yang dulu.
dan barangkali selebihnya.
Kau sudah menyediakan untuknya yang lebih baik.
kerna mungkin aku yang sudah terlalu kotor untuknya.
aku terima.
andai itu lah takdirnya.
puas.
aku tahu engkau tidak akan puas.
memang silapku.
namun aku sudah keluar dari silapku itu.
jangan heretku semula.
hanya kerana untuk memuaskan kehendak dendam dan gerammu.
harga.
hargailah kenangan kita bersama semenjak pertemuan pertama.
jangan kerana dendam dan gerammu yang membuak.
semua kenangan itu umpama tiada makna.
memaafkan itu lebih mudah.
daripada melupakan kisah bahagia bersama.
jangan jadikan kenangan itu umpama tiada makna.
pengorbanan itu dari hati.
jika dibenci dan dijauhi.
tiada yang perlu membayar ganti rugi.
hanya hati yang akan disakiti.
kembali
kembalilah kau kepadaku.
pabila kau sudah bersedia.
benar-benar bersedia.
menerimaku sepenuh hatimu.
jangan kerana terpaksa.
jika itu bukan kemahuanmu.
maka ikutlah keputusan istikharahmu selama ini.
meninggalkan atau kembali.
aku redha menanti.
maafkanku.
sediakan dirimu untuk benar-benar menerimaku.
andai kau masih mahu lagi.
ku disini setia menanti.
sediakan dirimu untuk benar-benar menerimaku.
andai kau masih mahu lagi.
ku disini setia menanti.