salah diriku yang tidak tetap pada agamaMu....salah diriku yang tidak betul2 menjaga niat dan amanah dari seorang sahabat kepadaku...
aku tak tahu bagaimana untuk aku mulakan kembali...aku telah jatuh tersungkur dan tidak mampu mendongak lagi...aku telah tersesat dalam terang...aku telah kehilangan segala yang aku ada dahulu...kerana aku...kerana aku...kerana aku...kerana aku telah jauh dari agamaMu
namun aku tahu pintu taubat itu sentiasa terbuka...namun nafsuku acap kali menarik aku kembali tatkala aku sedang berjalan menuju ke pintu itu...suasana sekelilingku telah menambat hatiku dengan kebesaran makhluk dan dunia di sekelilingku....sehinggakan apabila diperdengarkan kebesaran Allah ke lohong telingaku...hatiku seolah2 tidak merasa apa2...
mana mungkin aku mahu berubah seperti dulu dengan mudah...mana mungkin aku menyukai diriku yang sekarang...mana mungkin aku mahu memasuki neraka Allah...dan mana mungkin diriku ini berasa layak untuk masuk ke syurga Allah...
aku mahu...aku mahu....aku mahu...membawa insan yg akn menjadi tulang rusukku...benar2 mencintai aku kerana Allah...aku mahu cinta ku itu nanti akan membuat dia dan aku dapat bertemu di syurga Allah...tapi kenapa mulutku berbicara begini...sedangkan apa yang aku lakukan jauh terpesong dari kata2 ku? aku menepuk dada dan bertanya kepada imanku...lemah...sangat lemah....
ku tahu keadaan diriku lalu aku berusaha membaikinya....sampai satu saat aku berasa putus asa...Allahuakbar...Allah masih sayangkn aku...Allah hantar kembali...seorang insan yg prnh ku lukai...untuk datang memberi nasihat penuh makna buat diriku...betapa terharunya diri ini...betapa sebaknya diri ini pada waktu itu...tak dapat aku bahasakan dengan lidah keluku...aku kini cuba kembali...kembali kepada diriku yang dulu...membawa bersama insan yang aku kasihi bersamaku...
aku berazam untuk mendidiknya sebaiknya...seperti mana contoh yang Rasulullah telah tunjukkan dalam mendidik isteri2nya...penuh hikmah dan kelembutan...setiap kata2 baginda sangat menyentuh hati yang mendengar...namun adakah diri ini mampu...
aku percaya semua ini akan menjadi mudah apabila Allah mencampakkan nur hidayah dalam diri kita...dengan hidayah perkara yang tidak nampak akan menjadi sangat jelas di mata hati kita...itulah akhirat....syurga...neraka...azab kubur...qiamat...semua itu benar...dan dibenarkan hanya dengan iman...semoga aku dan dia mendapat hidayah dalam perjalanan panjang dan jauh menelusuri jalanMu Ya Allah...
aku cuma mahukan syurga di pengakhirannya...dan aku cuma mahu itu...namun andai nyawaku dicabut sekarang...aku tidak fikir aku layak ditempatkan di syurga itu... :'(
ampunkan dosa kami Ya Allah...