...Bismillahiirahmanirrahim...
Aku mendambakan cinta seorang insan
yang ramah sifatnya
dan tahu mengawal kepada siapa dia perlu menunjukkan sifat ramahnya
Aku mendambakan cinta seorang insan
yang baik paras rupanya
dan tahu kepada siapa dia perlu menyembunyikan kecantikannya
Aku mendambakan cinta seorang insan
yang berhati mulia
dan dia sentiasa ikhlas dalam setiap amal perbuatannya
Aku mendambakan cinta seorang insan
yang tenang sifatnya
dan tidak mudah dikuasai emosi apabila keadaan tidak menyebelahinya
Aku mendambakan cinta seorang insan
yang jujur tingkah laku dan kata2nya
dan dia sentiasa berlaku jujur walau dengan sesiapa
Aku mendambakan cinta seorang insan
yang jauh pandangannya
dan jauh pandangnya lebih kepada akhirat dan bukan dunia semata
Aku mendambakan cinta seorang insan
yang mana kehadirannya
bukan sahaja membuatkan aku bahagia malah keluargaku jua turut bahagia
Aku mendambakan cinta seorang insan
yang cintanya
membuatkan aku lebih dekat dengan Rasulnya
Aku mendambakan cinta seorang insan
yang cintanya antara aku dan dia
sentiasa di bawah payung rahmatnya
Kerana insan yang sebegitu
membuatkan
dirinya begitu berharga untukku
dan diriku begitu istimewa buatnya
Jazakallah
~ dari insan yang serba lemah~