Sunday, December 26, 2010

I'm off for ten days and few more days left

Sunday, December 12, 2010

perkara paling berharga

Seorang yang kematian isteri, boleh cari isteri yang lain

Seorang yang kematian anak, boleh dapat anak yang lain.

Seorang yang terbakar rumahnya, boleh cari rumah yang lain.

Seorang yang rugi dalam perniagaannya, boleh bina perniagaan yang lain.

Tetapi seorang yang telah berlalu masanya, masa itu tak dapat diganti semula.

Masa yang berlalu akan terus pergi buat selama-lamanya.

Wednesday, December 8, 2010

mencari maksud hidup...

aku tahu apa itu hidup...namun aku masih belum mengerti sepenuhnya...apa yang dinamakan sebagai...


~HAKIKAT KEHIDUPAN~

Tuesday, December 7, 2010

aku rase sajak ni memang best




Palestin itu jauh dari kita

Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan


Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak

irama kita
adalah suara siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu

irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…

Siapakah kita berbanding mereka?

25 May 06
Muharikah

Saturday, December 4, 2010

Peristiwa ini mengajarku...



aku belajar sesuatu dari dua hari yang lalu...sebelum ini pernah terdetik dalam hatiku...makanan dan minumanku setiap hari menunya hampir sama...dan aku mengeluh...dgn mengharapkn yang lebih baik...

dan pada pagi itu...seperti biasa aku berjalan menuju ke universitiku...dan ditakdirkan Allah...aku terlihat seorang makcik tua yang kelihatan sangat daif keadaanya...dan pada saat aku memandangnya...aku melihat dia sedang menjamu sarapannya yang tak rela untukku telan hatta merasainya dengan hujung lidah sekalipun...

astahgfirullah...malunya aku dengan Yang Maha Memberi Rezeki...

Wednesday, December 1, 2010

Jauhilah...


Jauhkanlah diri kita daripada bersifat takbur dan hasad dengki...tiada untungnya kalau kita berbangga dengan kelebihan yang kita perolehi...dan tiada untungnya juga kita berhasad dengki dengan kelebihan yang orang lain ada...

mungkin kita lihat orang lain lebih bijak drpd kita...lebih bernasib baik drpd kita...lbh bnyk hartanya drpd kita...dan kita merasakan mereka lebih beruntung drpd kita...sehinggakan kita merasa cemburu dan hasad dengan apa yang mereka punyai...

kawan2...cemburu dan hasad bukanlah jalan penyelesaian untuk memuaskan hati kita...sebaliknya...alihkanlah pandangan kepada diri kita sendiri...lihat apa yang Allah telah beri pada kita selama ini...macam2 nikmat yang Allah telah beri...hatta kalau ditakdirkan semua air di lautan menjadi tinta dan dan semua ranting menjadi pena...takkan cukup bg kita untuk menulis smua nikmat yang Allah telah kurniakan pada kita...fikirlah sejenak....mungkin utk beberapa ketika...maka percayalah akan wujud sifat syukur secara semula jadi...dan itulah jalan terbaik utk menjaga hati kita di kala sifat cemburu mengusai diri...

bunyinya mudah bukan? tapi sangat susah untuk dilaksanakan...termasuklah diri saya sendiri...
hmmm...

sama2 mujahadah ke arah pembentukan hati yang suci...jazakallah